Thursday, December 1, 2011

Ombak Rindu adaptasi novel TERBAIK! Aaron Aziz howtttt #pengsan

(Review ni tak boleh tidak akan ada Spoiler dan mungkin senget sebelah, salah satu sebabnya kerana aku memang peminat lutut gigil dengan Aaron Aziz)

Meletop! Aku yakin...
Hebat! Tak dinafikan...kalau tak takkan David Teo pun boleh meleleh ayaq mata...
Mengasyikkan! Bak kata Ajami Hashim (mati-mati aku ingat blogger semua dah tengok Ombak Rindu masa media preview last week, rupanya semua attend Gala Night last Tuesday)...
Kata aku pulak;
Ombak Rindu best giler...giler best...ya amat..melampau lampau! ha..boleh?! ko ada? takder kan.....

Mana aku nak mula? ermmm...Sinopsis tak perlu bagilah aku rasa sebab aku yakin hampir kesemua ulasan, promosi dan especially novelnya dah spoiler to the extreme.

Ensemble cast - Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae....hebat-hebat semuanya. Semuanya diuji dengan watak masing-masing. Semua berjaya bawak jiwa Hariz, Izah, Mila dan Mael ke layar perak.

Osman Ali sebagai Pengarah - berjaya mengeluarkan jiwa ganas dalam diri Lisa, itu yang aku kagum. Aku tak rasa pun banyak yang tertinggal plot-plot dalam novel yang aku baca berbelas tahun yang lepas. Penceritaan di layar peraknya padat dan sebagai pembaca dan penonton Ombak Rindu aku cukup puas.

Maya Karin sebagai Izzah - Pada awal aku menonton, aku umpama kena menyesuaikan mata aku dan set jiwa aku sekejap menerima perubahan watak Maya Karin dari perempuan separuh mat saleh kepada orang kampung yang hidup susah dan tercabar. Aku rasa, di pertengahan cerita saja yang aku betul-betul yakin dengan watak Izzah lakonan Maya.

Lisa Surihani sebagai Mila - Wow! Aku tak sangka dia boleh jadi garang dan demanded macam tu. Sebab sepanjang aku berdepan dengan Lisa, dia sangat manis dan ceria orangnya. Well done! Lisa dan aku yakin dia akan pergi jauh lagi daripada Ombak Rindu.

Bront Palarae sebagai Mael - Watak yang sekejap-sekejap tapi tetap mampu meninggalkan kesan. Masih terasa dalam hati aku melihat sedihnya riak wajah seorang lelaki yang menerima penolakan cinta seorang perempuan dan seterusnya tahu yang orang yang dia cinta dah berkahwin. Tapi dalam masa yang sama, cintanya dan sifat melindunginya tak pernah hilang. Aku salute! Keluar panggung hari tu, dia yang pertama aku nampak dan dengan perasaan yang masih teruja dan terawang-awang dek penangan Ombak Rindu, terus aku ucap tahniah pada dia.Nasib jumpa dia jer, sebab kalau jumpa Aaron..silap-silap aku peluk #eh.

Aaron Aziz sebagai Hariz - Tolonglah...adui..arghhh...aku terpanah.....SUMPAH BEST. Jahat, Mulia, Ganas, Tak bertanggungjawab, Bertanggungjawab, Romantik, Howt nak mampos, Macho, Hati Lembut, Bodoh sebab percaya mak dia yang bukan mak dia sebenarnya, Kurang Ajar, Penyayang, Sentimental, Romantik lagi. Kesimpulannya TERBAIK. Kalau aku bukan peminat lutut gigil dia pun, aku akan tetap kata dia pelakon terbaik di Malaysia (dan Singapura) setakat ini. Nobody can deny that..I'm sure. Selayaknya, sepatutnya dia dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik.

Cukup rencahnya filem Osman Ali ni. Kejap-kejap aku sedih, kejap-kejap aku sengih, kejap-kejap aku malu (siap tutup mata dengan beg..ngada), kang kejap lagi bergenang air mata, pastu happy...sengih balik.

Baca saja lah segala ulasan media, blogger, twitter dan facebook. Tak aku jumpa yang mengkritik kasar filem ni. Semuanya sebulat hati bersetuju yang cerita ni hebat.

Kepada peminat novel, peminat filem melayu dan peminat filem keseluruhannya, filem Ombak Rindu ni patut dijadikan sebaris dalam to watch movie list kamu selain Twilight: Breaking Dawn Part 1, Puss in Boot, Happy Feet, Immortal, 50-50 dan selainnya.

Kalau dibawa ke negara Asia Tenggara yang lain pun aku yakin Ombak Rindu mampu berjaya.

4 comment(s):

Wanita Mutalib said...

akak punya review jugak yang terbaik!!

perempuan said...

review muji aaron nampak gayanya nih. takpa, dah baca disclaimer dahhhh.

hahaha

UmiMia said...

Ita,
iyolah tu....cer awak gi baca review org lain...nan hadonya ini yg terbaik...

Atul,
ha....nasib dah baca disclaimer...nampak ek urup kecik...kikiki....

MamaYatie said...

perghhh..ni yg teringin nak gi tengok ni...sana sini seme kata best...