Monday, January 31, 2011

Cleft left ear lobe for closure


Akhirnya, operation untuk kasi sambung cuping telinga Mia yang tak bersambung sejak lahir dah confirmed. Ops: Cleft left ear lobe for closure, 28hb Februari 2011, Isnin. Mia nampaknya teruja sangat, tapi dalam masa yang sama muka dia cuak jugak.


Doktor yang jadi pakar bedah untuk plastik surgery Mia ni, memang terkenal. Mesti ramai yang kenal dia. Ex-gimnast negara, Dr. Farah-Hani Imran. Sangat cantik orangnya. Sekali tengok, macam perempuan arab.


Doc tanya aku, samaada aku nak teruskan sebab kalau nak ikutkan telinga dia memang sikit sangat cleft nya. Aku cakap, better dia tanya tuan punya badan. Sebab dah bertahun aku bincang dengan Mia soal telinga dia ni. Cuba naikkan self esteemed dia dengan ajar dia untuk tak hiraukan sangat soalan orang pasal telinga dia. Tapi jawapannya masih sama, dia nak telinga dia disambung jugak.


Doc tanya Mia pulak. Dalam lembut Mia jawab ' Saya nak telinga saya macam orang lain, tak nak kawan tegur lagi'. Terus doktor tetapkan tarikh operation. Sebulan jer lagi.


Apa-apa saja untuk Mia. Jika ini dia rasakan mampu membahagiakan sedikit dirinya. Aku akan menyokong dia.


Walaumacamanapun, usaha aku untuk menaikkan self esteemed diri dia tak akan berhenti. Aku tau dalamannya Mia tabah, tapi dia masih terlalu memikirkan apa yang orang fikir tentang dirinya. Sesuatu yang sangat bertentangan dengan sifat aku.


Jangan risau sayang...Umi akan sentiasa disisi kamu.

Tuesday, January 25, 2011

Macam-macam penyakit yang datang

Damn!


Tengok tu, ayat pertama jer dah guna perkataan tak elok. Bayangkan lah isi seterusnya mcmana. Dah tentu berita-berita yang tak baik ajer lah.


Sesungguhnya bulan January 2011 ni sangat menguji aku...sangat sangat dan sangat...nak menyetress jer diri aku sekarang ni. Camner lah telur nak membesar bagai johan. Baru nak membesar, tuan badan dah stress..mengecut balik.


Seminggu lepas aku buat entry pasal kencing manis, aku buat ujian darah. Salah satu proses untuk rawatan menstrual cycle aku...dan keputusannya - gula dalam darah. Sedih tak??? sedih giler hokeyyyy...mak sedih ni hokeyyyy...


Tapi takper...mak pikir positif...bonda mak suruh mak diet kaw kaw sebulan ni dan cuba check darah semula nanti. Sebab katanya, adik aku dulu dan makcik aku dulu pun first time check kata kencing manis gak. Kali kedua check, dah takder.


Tapi doc mak buat mak takut hokey, dia cakap dia dah agak mak ada diabetis sebab mak ada PCOS. Tu penyebab utama diabetis mak, ditambah pulak dengan gen kuat kencing manis dari sebelah datuk nenek segala tu. Tapi doc cakap kalau gen sekalipun, umur 40s baru dapat diabetis. Ni dia kata mak muda lagi...mmg sebab PCOS. Sedih mak okeh.


Dah habis cerita diabetis segala bagai (by the way, mak tengah diet ni uolls..sekali seminggu jer mak makan nasi sekarang...orang tak biasa berdiet..susah hokeh..lapar sokmo). Dah habis cerita diabetis segala bagai, tup tup jumaat lepas Lumbar Sprain datang semula. Urat terseliuh, tersimpul, masuk angin kat belakang badan antara pungkuok dengan pinggang.


Sakitnya tak terkata, kalau duduk, tak leh bangun dah, kalau dah bangun, tak leh duduk dah. Terus laki mak antar kecemasan HUKM. Dah x-ray segala bagai, kasi cucuk ubat kuat. Doc kata Lumbar Sprain stage 5, kena buat fisio dengan ortopedik.


Letih mak okeh...dah masuk 3 series ni asyik berpenyakit lah kau ni Rose. Tu lah, badan menggajah, diet tak reti, exercise tak buat...padan muka kan.


Sekarang, barulah reti nak jaga makan, nak buat exercise (erk...belum start pun lagik).


Mak aku cakap....sembahyang...doa ngan Tuhan mintak bagi kesihatan yang baik. Kita selalu lupa doa mintak kesihatan yang baik. BAIK Mak.....anak mak dengar.

Wednesday, January 19, 2011

Tentang ubat subur

Ada reader yang bertanya kat aku, ubat-ubat subur yang aku makan, berjaya tak?


Selagi korang tak dengar aku bercerita pasal aku mengandung, kira masih tak berjaya lah tu.


Ya, aku pernah makan ovinum dan juga clomid.


Aku pernah ambil, ovinum 5 tablet untuk 5 hari dan fungsinya untuk memperbanyakkan telur. Sebulan kemudian, telur aku memang banyak tapi keluar sebagai darah period dan keluar dengan sangat banyaknya sehinggakan aku serik ambik ovinum. Mungkin kesannya begitu pada aku dan ok bagi sesetengah orang lain.


Clomid pula aku pernah ambil untuk 3 cycle @ bulan. Juga tak berjaya, sebab pengeluaran telur yang cukup besar tak sebanyak yang doktor harapkan.


Salah satu faktor yang membuatkan aku tak subur ialah sebab aku ada masalah PCOS. Dimana, ovari aku lebih besar daripada biasa dan ia berlaku secara tiba-tiba selepas aku bersalinkan Mia. Syukur jugak aku tak dapat masalah ni sebelum aku kahwin. PCOS ni banyak berlaku pada wanita zaman ni. Doktor pun tak tahu kenapa PCOS ni muncul. Melalui research pun, aku tak dapat lagi fakta kukuh.


PCOS ni menganggu pengeluaran telur dan menyebabkan hormon imbalanced. Keadaan hormon yang tak stabil ni lah yang menyebabkan period tak regular dan seterusnya menyukarkan usaha menyatukan sperma dengan telur yang sihat.


Jadi setakat ni, aku dah hentikan usaha aku makan ubat subur dan segalanya. Yang aku pentingkan, period aku kembali regular seperti biasa.


P/s: aku dapat satu info dari doktor hari tu berkenaan waktu aktif sperma lelaki. Paling aktif selepas sperma 2-3 hari tak digunakan. Hari keempat, sperma dah mula lemah.

Mia tanya: Susah tak nak jaga anak?

Yup...you read it right. Mia, anak aku tu..tanya aku..maknya...SUSAH TAK NAK JAGA ANAK.


Memang biasa, sebelum tido, macam-macam yang kami borakkan. Tapi malam tu special sikit, sebab soalan Mia tu mmg jarang anak sendiri bertanya pada mak bapak nya.


Serius...korang pernah tanya mak korang? Susah tak nak jaga anak, mak? especially saya. Aku sendiri, tak berani tanya. Kang kalau jawapan dia, susah...rasa bersalah pulak kan.


Aku tanya Mia semula, ' Sayang rasa susah ker senang?'


Dia jawab ' Susah rasanya, nak sediakan baju (sambil tunjuk baju dia yg dia pakai), nak sediakan tempat tidur, nak bagi makan sedap-sedap'


Aku senyum, sebab serba sedikit, aku rasa dia faham yang kami cuba sehabis baik menyediakan segalanya untuk dia.


Aku jawab ' Yang paling susah, bukan sediakan makan, minum, pakai. Tapi nak bagi anak kita belajar pandai-pandai, mengaji pandai-pandai, nak bagi anak dengar cakap mak ayah dan orang yang lebih tua, nak ajar anak hormat orang yang lebih tua dan bercakap benda yang elok-elok saja.


Aku sambung, 'Mia tau orang sekarang ni, suka cakap kasar dengan orang lain. Suka gunakan perkataan yang tak elok bila bercakap'


Mia cepat-cepat potong cakap aku ' Aqilah tak suka cakap benda yang tak elok'


Aku cuma senyum dan suruh dia tidur. Aku cuma berharap, apa yang baik aku cuba ajar kat Mia, dia betul-betul dapat ikut. Semoga Mia sentiasa jadi seorang yang menjaga perkataan yang keluar dari mulut dia. Amin.

Friday, January 14, 2011

Pendapat aku tentang drama dan filem melayu

Tak puas hati baca komen tentang topik drama/filem melayu kat beautifulnara. Aku rasa aku nak komen panjang-panjang kat sini. Walaupun aku tau, tak ada sape dari sana yang baca blog aku pun (bagus gak tu).


Pada pendapat aku, yang mengutuk kata hasil drama atau filem dari negara luar lebih bagus dari hasil negara kita ada fikir tak..apa yang korang dapat di kaca TV sudah ditimbang kati, diteliti dan dipilih sebaiknya oleh pihak TV semasa membeli rancangan. Demi untuk kepuasan penonton diaorang. Korang rasa semua hasil drama/filem luar semua bagus ker?


Untuk drama/filem hasil tempatan pulak. Diaorang buat skrip atau jalan cerita berpandukan apa yang penonton suka. Kalau ada proposal untuk jalan cerita yang lain dari lain, ada stesen TV yang terus menolak. Siap bagitau lagi, diaorang nak cerita yang begini dan begini dan pelakon ini dan itu demi untuk menaikkan rating.


Tapi, itulah jugak silap stesen televisyen dan penggiat drama/filem kita. Bila ada satu genre atau jalan cerita yang diaorang tengok boleh tarik minat penonton, semua pakat nak buat genre atau jalan cerita macam tu.


Aku tau penggiat drama/filem kita kreatif-kreatif semuanya. Janganlah halang kreativiti korang semua disebabkan nilai komersial semata-mata. Yer, nilai komersial penting, tapi tak bermakna kamu semua kena follow bit by bit apa yang dipersembahkan di kaca tv/wayang.


Aku akui, ada drama/filem kita yang ntah apa2 tapi tak semua. Banyak jugak yang makin bermutu dan diaorang cuba belajar dari kesilapan (I hope so). Adatlah, jika ada hasil drama/filem tu bagus, ada yang tidak. Usah kata dekat2 sini, hollywood pun ada hasil drama filem dia yang CRAP nak mampos. Serius.


So, pada korang semua, berhenti lah mengagungkan hasil dari luar. Bagilah pendapat yang membina, yang boleh menaikkan mutu drama/filem kita. Mereka penggiat drama/filem ni sgt memerlukan pandangan membina daripada kita semua penonton ni.


Nak kutuk melampau diaorang pun, apa korang dapat? Yang korang kutuk ni, orang kita jugak. Bersikap positiflah dalam memberi pendapat atau kritikan...dan SEKALI LAGI AKU TEKANKAN DISINI, DRAMA INDON/KOREA YANG KORANG TENGOK TU, SUDAH DIPILIH-PILIH DARIPADA DRAMA/FILEM YANG BODOH, ENTAH APA-APA DAN TAK BERKUALITI.


Lagi satu, mestilah stesen televisyen kita nak perbanyakkan drama dan filem melayu di pawagam kalau boleh. Jadinya, dalam dia main lepas tu, mestilah ada hasil yang erkkk...tak best. Sedangkan orang pilih pasangan nak kawin, ada yang tersasar pilih kaki pukul, kaki judi, kaki pompuan. Apatah lagi, nak pilih drama/filem yang terbaik untuk korang. (eh, tetiba citer pasal pasangan pulak dah). Tapi ada lah dia punya kaitan kat situ kan?!


Thursday, January 13, 2011

'Just a spoonful of sugar helps the medicine go down'

Mary Poppins kata 'Just a spoonful of sugar helps the medicine go down' katanya lah yer. Tapi mmg betul, tak salah langsung. Sesudu jer gula, bagi org yang hidap diabetis dah umpama cukup keperluan gula untuk satu hari tu. Lebih dari tu, mmg medicine kena go down..force down ur throat sebab gula dah naik sangat.

Heh, tetiba cakap pasal gula pasal diabetis aku ni kenapa nih?

Sebab aku merisau lah korang. Keluarga penuh sejarah kencing manis ni. Belah mak aku ada, belah abah aku ada (kot), belah laki aku mak bapak dia dua-dua kencing manis (tapi tu laki aku ngan si Mia lah kena merisau plak). Heh..bukan ker kalau laki ngan anak aku yang aku yang kena, aku gak merisau. Korang tengok, tambahhhhh lagi level merisau aku.

Dah pulak dengan umur dah makin naik ni, tahap kesihatan makin merosot. Risau jer lah aku. Risau kena kencing manis, risau kena cancer, risau kena macam-macam.

Yer aku tau...mesti ada yang cakap, kena lah jaga makan, regular exercise and so on and so forth tapi kalau dah kena tu, takder sape lah yang boleh menghalang. Lagi2 kalau jenis terlekat dalam gene ni.

Duduk Malaysia plak, perangai plak jenis suka makan. Memang kombinasi sesuai lah tu.

Rose....kalau ko sayang nyawa...marilah beringat yer...jgn melantak ikut suka, pastu kemudian hari menyesal. Dah lah ko malas exercise, diet apatah lagi. Watch out yer Rose, watch out...

TAK NAK JADI MACAM NI

ATAU MACAM NI


TAKUTTTTTTTTTTTTTTTT

Tuesday, January 11, 2011

2011 and forward

Finally, yuran sekolah Mia dah berbayar. Nak datang ke sekolah membayar yuran pun jadi satu hal. Dah tu sekolah dia dengan tempat kerja aku....jauhhhhhhh sekali. Nasiblah semalam aku ada kerja kat tengah KL, so bolehlah menyinggah sekejap.


Finally, kereta aku dah di major service kan sabtu lepas. Itu pun bertangguh-tangguh dari tahun lepas. Melayang nak dekat seribu. Belum tayar lagi tu..perghhhh


Finally, saman dah habis bayar..settle.


Tapi masih banyak benda jugak yang belum finalise lagi.


Kesihatan aku masih perlukan pemantauan

Sedang risau dengan kesihatan bapak sedaraku yang tak menentu

Tentang suami aku (stress)

Tentang adik aku (ehem ehem)

Tentang mak abah aku (semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas)

Tentang kawan-kawan aku (semoga Farah selamat melahirkan baby keduanya March ni)

Tentang kerja aku (?)

.

.

.

.

Tak mengapa....2011 masih panjang lagi

Thursday, January 6, 2011

Mia cabut gigi

Selamat 3 batang gigi Mia kena cabut masuk tahun baru ni.


Cabut sebatang yang pertama, gigi bawah...dah start goyang-goyang...sap sap soi...siap. Kejap jer, sebab benda dah goyang. Bila tanya sakit tak? sikit pun tak sakit katanya cuma dia tak selesa dengan penyedut airliur tu jer. Bila tanya, esok boleh cabut lagi..laju jer dia YES.


Antara salah satu sebabnya ialah Klinik Gigi tu ada satu nurseri room, bilik main budak-budak. Sampai jer situ, berlari masuk bilik tu macam dia punya. Dengan anak-anak dentist tu ada 3 org baya-baya dia..apalagik. Balik tu bukanmain seronok dia sebab dapat kawan baru katanya.


Esoknya bila aku bawak lagi ke klinik untuk cabut 2 batang tunggul bhgn atas, dia dah start freaking out. Sebab itu tunggul, jadinya complicated jugak prosesnya. Masuk batang kedua, dia nyaris surrender. Nak kata sakit, aku rasa tak...sebab lepas kena cucuk dengan bius, doc try test cucuk dia, dia tak rasa apa.


Mungkin dia rasa proses tu agak lambat dan doc guna macam-macam peralatan. Untuk korek lain, untuk goyang lain, untuk tarik lain. Itu yang dia jadi gerun tu.


Tapi lega hati aku, gigi tunggul Mia sejak umur 2 tahun dah cabut. Aku pergi Klinik Gigi U-Smile, kat Bandar Sri Permaisuri atas rekomen dari Kak Red. Sebelah Restoran Ayam Penyet, bahagian atas.


Cabut bahagian bawah kena rm25, cabut bahagian atas setiap gigi rm30. ok kan?! (tapi itu untuk gigi budak lah yer, gigi susu)
.
.
.
P/s: Percaya tak kalau aku cakap, aku masih lagi ada 2 batang gigi susu dan geraham bongsu aku masih belum tumbuh sampai sekarang. Aku pun xtau kenapa terjadi miracle macam tu kat aku..miracle ka?

Suicide pun bukan homicide pun bukan, dah tu?

Not suicide

and

Not homicide

Dah tu apa?

Ada kenalan aku sorang cakap....backside

Walau apa sekalipun, aku rasa better lah buat siasatan menyeluruh. Apa punya keputusan macam tu tuh...

Cuba perkara tu jadi kat family kita, mesti kita nak tau punca kematian orang yang kita sayang kan.

Biasanya aku selalu jadi pihak yang berkecuali. Tapi kali ni, aku rasa ada something fishy yang orang cuba sembunyikan. Sebab? sebab keputusan mahkamah terlalu...ermmm..terlalu pelik lah.

Wednesday, January 5, 2011

ooooooooo WORDLESS WEDNESDAY YER...nah hambik!

Monday, January 3, 2011

About heart attack and joging

Korang tau kan pasal cerita duda Siti Nordiana meninggal sebab heart attack tu kan? Mak aii...baru 33tahun umur dia tu. Muda lagi dah meninggal, sebab heart attack pulak tu. Itulah orang kata ajal maut ni tak kenal usia, heart attack pun sama. Dulu org panggil penyakit orang tua heart attack ni. Sekarang ni tengok, 33 pun boleh kena heart attack.


Sumpah bila baca pasal tu, aku terus sound laki aku. 'Saya taknak jadi janda muda sangat yer' Cepat jer laki aku hantar cubitan berbisa ' ooo jadi awk nak jadi janda bila dah tua lah '. Aku jawab balik ' eh betullah, biar jadi janda tua dari jadi janda muda, sebab anak kira kecik lagi ok, i'm not ready '.


Kami suami isteri selamba jer bincang semua ni. Tapi, kenapa tetiba cerita pasal ni kat laki aku?


Sebab dia adalah sangat tak jaga kesihatan. Aku pun taklah jaga sangat. Tapi aku tak lah makan sampai sendat atau bila makan banyak, tidur macam tak cukup nafas. Risau dengan laki aku tu. Dah lah dalam diet dia banyak sangat makanan berunsur lemak dan gula yang banyak. Dalam fridge aku, mesti ada berbotol-botol juices bermacam2 perisa dan bertin-tin air redbull. Yang menelannya dah tentu laki aku dan kemudian anak dia.


Air panas mesti Ali Cafe atau Oldtown White Coffeee 3in1. Semua tu jenis minuman yang banyak giler letak gula. Cerita pasal makanan, dia palinggg minat bahagian lemak binatang. Bontot ayam, lemak kambing. Kalau aku tak makan bahagian lemak lamb chop, dia lah yang tukang menghabiskan. Itu pun bila aku masak ayam, segala kulit dan lemak aku dah buang. Memang dia tak suka, kadang2 siap marah aku lagi. Tak feel katanya makan takder kulit dan lemak. Tapi itu jer lah masa yang aku boleh bantu dia makan dengan lebih sihat.


Kat luar rumah, dekat tempat kerja aku tak dapat pantau tu semua. Tak usah cerita pasal air suam ni. Puas dah aku cuba mintak dia amalkan banyak minum air suam jer.


Tapi, malam kelmarin lepas kami balik makan kat SS2 Murni, selepas malam tu dia tidur tak cukup nafas. Esoknya terus ajak kami anak beranak berjoging. Aku bayangkan this will be only a one time thing. On the way balik, aku singgah 7eleven dan terbaca muka depan kosmo dan metro pasal Faisal dan bagitau dia. Hari ni, terus ajak aku joging lagi malam ni.


P/s: Ehem ehem...aku tak joging yer..sebab memang bukan bab aku. Aku lebih suka berjalan...so bapak ngan anak berlari, omaknya berjalan sajo yo...jadilah tu dari tak ado...exercise ni pun kena ikut kemampuan diri gak.