Bengang sungguh aku pagi tadi. On the way aku nak ke tempat kerja, tiba-tiba belum sampai jalan depan istana, semua kereta stop. Pelik jugak, jarang kat situ jammed rasa aku....KECUALI....kecuali kalau polis dengan patuhnya menahan kenderaan yang lalu lalang sebab ada kenderaan yang sangat VVIP nak keluar atau masuk ke Istana. Nak masuknya lagi sejam atau setengah jam. Tapi dari awal lagi dah dihentikan semua kenderaan. What the heck?!
Sungguh aku marah, sungguh aku sakittttt sangat hati. Dalam masa-masa yang telah diberi secara paksa tu lah, aku mula memikirkan tentang perkara yang aku rasa ada yang mungkin mempersoalkan kemelayuan aku atau mana patriotik ku.
Aku bukan menderhaka, tapi dizaman ini, dimana Sultan Mahmud bukan lagi diktatornya aku rasa aku berhak berfikir dan meluahkan pendapat aku.
Dimana relevannya sistem beraja?
Apakah fungsi sistem beraja di Malaysia?
Aku cuba untuk tidak berfikiran negatif kerana pada aku setiap perkara ada rasionalnya dan aku bertanggungjawab untuk mencari.
Jadi, dengan semangat yang membara. (Selepas aku siapkan hal-hal kerja yang tertangguh di ofis). Aku curi masa. Aku google tentang dua soalan penting di atas.
Lalu, aku jumpa ini:
Sumber Artikel Berita Harian:
Kefahaman rakyat mengenai fungsi dan peranan raja Melayu kini berada pada tahap amat membimbangkan sehingga ada pihak memperkecilkan dan tidak menghormati institusi itu serta menyatakan sistem beraja tidak lagi relevan.
"Mereka mencemuh dan memperkecil raja. Yang hairan, orang Melayu sendiri tidak ramai yang muncul untuk mempertahan institusi itu dari segi sebenar.
"Saya percaya ini akibat kurang pemahaman. Sekiranya raja kita tidak diberi tahap dan taraf kerajaannya, yang rugi adalah negara kita sendiri, sebab semuanya berasas pada sejarah dan struktur kemasyarakatan kita.
“Sebab sejarah kita... mahu tidak mahu, adalah berasas daripada institusi itu... baru kemerdekaan tercapai.
“Masyarakat Cina dan India juga dulu bernaung di bawah Raja-raja Melayu,” Rais berkata, mutakhir ini juga ramai yang menunjuk perasaan atas alasan kononnya sistem beraja itu tidak lagi relevan selain mempersoalkan kewujudan dan fungsinya.
Berikutan itu, Rais berkata, kementeriannya akan meningkatkan usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai kedudukan raja dan kuasa mereka dalam Perlembagaan Persekutuan atau perlembagaan negeri bagi mengelakkannya terus dipolitikkan.
“Struktur negara berkait rapat dengan Raja Berperlembagaan tetapi kita jarang menghuraikan dari sudut fahaman yang jelas,” katanya.
Wah..... Setelah puas aku scroll dan scroll dan klik link dan klik link. Artikel ini lah yang betul-betul menangkap aku. Kata Pak Rais, ramai yang menunjuk perasaan dan ramai yang mempersoalkan. (Ketahuilah, ini baru pertama kali aku mempersoalkan sistem beraja). Maknanya, bukan aku seorang begini dan rupanya ramai lagi yang seperti aku.
Dan lagi....Pak Rais akui itu adalah disebabkan kurangnya pemahaman dan beliau dan kementeriannya sedang berusaha memberikan kita semua kefahaman itu.
Masalahnya:
Jika begitu bagai dikata, Pak Rais tolonglah terangkan dan tolonglah bagi pemahaman. Saya sayang Sultan saya sebab dia seorang manusia yang prihatian kepada rakyatnya. Tapi fungsi beliau dalam pemerintahan yang dikatakan beraja ni, saya langsung tak faham apa relevan nya. Bukan bermakna saya lupakan sejarah jika saya mempersoalkan. Tapi, 'usaha untuk memberi kefahaman' tu tak sampai langsung kepada saya. Malah ketika saya cuba meng'google' pun, rujukan yang saya dapat sangatlah menyedihkan kerana ianya langsung tak lengkap. Jangan salahkan generasi sekarang yang sangat bergantung kepada internet. If you want to reach us, you have to find us.