Thursday, March 31, 2011

The sweetest thing

The sweetest thing that Mia has said to me lately 'Suka tengok Umi senyum, ketawa..buat Mia rasa happy'.


Dang! sweet giler kan...so sekarang setiap kali bila terasa nak marah dia mesti teringat dia cakap macam tu dan setiap kali tu aku jadi lembut semula. Kalau aku marah dia jugak, sesaat kemudian aku rasa bersalah.


Never okay, never received that statement from anyone else. Not even bapaknya masa tengah bercinta dulu, apatah lagi sekarang.


Seriously tak pernah dengar walaupun dari segerombolan boyfren aku masa dolu-dolu combined together (segerombolan huh! dengar tu).


Sesungguhnya apa yang Mia cakap masa tu memang ikhlas and I can feel it.


Kisahnya masa dalam kereta kami berdua tengah bergurau dan tak silap aku malam sebelum tu aku merajuk dengan husband aku sambil menangis mengada-ngada.


Tengah aku gelak-gelak, tiba-tiba Mia diam sambil pandang aku lama. Tiba-tiba terpacul ayat tu dari mulut dia. Aku terdiam. Rasa nak menangis pun ada. Tapi aku balas balik cakap dia 'Umi pun sama sayang, I'll be the happiest person in this world as long as you stay happy'. Mia senyum.


Ya Allah...sayangnya aku kat budak kecik sorang ni...tersangat-sangat. Sesungguhnya dia seorang pun memang dapat penuhi segala rasa bahagia seorang ibu dapat rasa. Syukur sangat atas kurniaan Allah pada aku ni.


Mia, Umi loves you very much. You're my everything darling, my everything.

Friday, March 25, 2011

Review: Hikayat Merong Mahawangsa

Yup...dah basi aku tau...masih lagi ditayangkan atau tak yer filem ni? Lambat benar keluar review aku. Walaupun tengoknya dah lama pun. Aku dapat tengok filem ni atas tiket Beautiful Nara.com yang telah bermurah hati menghulurkan tiket free untuk reader2nya...juga thanks to Kak Red yang benarnya tu tiket dia, tapi dia pass kat aku dengan kawan sorang...yeayyy...


Filem Magika aku suka Mia lagiiiiiiiiiii suka


Filem Hikayat Merong Mahawangsa ni pun aku sukaaaaaaa sangat


Banyak elemen-elemen yang menghiburkan. Sejak kebelakangan ni, aku kurang suka tengok cerita yang kurang elemen hiburannya....walau se gah mana pun filemnya diwar-warkan semua tapi kalau entertainment value tu kurang..memang aku pun jadi tak berminat. Contohnya Black Swan...malas betul aku nak fikir kenapa dan mengapa...tetiba dia make love dengan Mila Kunis, tetiba Mila Kunis tu xder, dah tu dia make love ngan sape? diri dia? sedih.........


Ok, kembali kepada cerita Merong, filemnya aku rasa berjaya mengangkat martabat filem Malaysia ke mata dunia. Jika nak dibandingkan dengan filem Hollywood masih lagi ada kekurangannya. Tapi kalau dibandingkan dengan filem dari Thailand dan Indonesia, aku rasa mampu dah kita berdiri sama tinggi. Malahan lebih bagus dari satu filem Thailand yang juga menceritakan pasal sejarah Tanah Melayu-Siam, Queen of Langkasuka..crap giler aku rasa filem tu. 5x bagus Merong.


Lakonan: Khir Rahman aku rasa lebih mencuri limelight, lakonan dia sebagai anti-hero memang berjaya. Bravo to Khir. Stephen Rahman not bad...aku suka perwatakan dia di awal filem sebagai sedikit mischievious tapi charming dan dia kekal charming sampai ke akhir filem. Loghat omputih dia bila cakap melayu sikit pun aku tak heran. Bak kata Ilham anak K.Liza, logik lah..sebab dia dok over the sea lama...cuba ko cakap ngan Orang Melayu yang lama duduk oversea, aku rasa lagi 'loghat' daripada Stephen pun ada. Yang lain lakonannya biasa-biasa ajer. Tapi lakonan extra memang super dahsyat kelakar. Tak real langsung berlakon, takperlah dimaafkan..dah namanya extra kot. Kalau tengok filem Hong Kong tentang zaman Maharaja China pun cam tu gak lah ghoman pelakonnya.


Storyline: Aku suka, tak laju..tak slow dan aku enjoy menontonnya. Pasal sejarah yang sikit lari sini-sana. Aku tak kisah sangat pun. Adatlah tu, cuba tengok filem Hollywood tu ha...banyak pun dia tokok tambah, potong sana-sini...hal kecik jer bagi aku. Nak betul-betul tau sejarah, buatlah research lebih sikit, baca buku, tengok dokumentari. Selama ni pun aku tak pernah harapkan 100% dengan filem untuk belajar sejarah. Walaubagaimanapun filem begini aku rasa ialah satu platform yang bagus untuk mendekatkan diri kita dengan sejarah dulu kala.


Jadinya, secara keseluruhan, aku kasi 4 bintang kat filem Hikayat Merong Mahawangsa. Hebat tu, bakal ditayangkan diserata dunia. Semoga berjaya Yusri dan produksi.

Thursday, March 24, 2011

Gula naik

Gula aku naik.


Kenapa?


Sebab aku makan nasi banyak. Biasanya aku makan brown rice separuh atau nasi putih separuh itupun hanya beberapa kali seminggu.


Tapi kat Bandung last week, hari-hari aku hentam nasi. Nasi Padang, Nasi Sunda, Nasi Padang lagi, Nasi dengan seafood...balik ofis Nasi Ayam, Mun Fan (Nasi dengan kuah cantonese style).


Memang aku degil...aku tau..I love Nasi and Nasi love me...


Kenapa aku degil sangat?


Entah...mungkin sebab aku tak kisah (walaupun dlm hati meronta marah). Mungkin jugak aku banyak makan sebab hati aku sedih (alasan terbaik).


Akibatnya?


Aku sakit kepala, blurry vision (or mungkin eye sight aku dah merosot?), rasa tak sedap perut dan semakin aku crave benda-benda manis. Buat pertama kalinya selepas lebih setahun, semalam aku minum air coke 2 auns. Walaupun dicampur dengan air masak tapi masih lagi coke yang mengandungi bersudu-sudu gula.


Berapa kadar gula dalam darah aku sekarang?


Entah, sebab aku tak pergi check pun. Tapi aku agak-agak dah naik lah.


Eh pemalasnya ko rose...pergi lah check....mak aiiiii...

Wednesday, March 23, 2011

Tak pasal-pasal salah orang

Ada satu kisah ni, orang lain yang bercerita pasal orang lain tapi orang lain pulak yang dapat nama. Mana lah dia dapat cerita yang orang lain tu yang bercerita pasal dia, padahal setau aku bukan dia tapi orang lain.


Katanya dia tak kisah orang cakap apa pasal dia, tapi aku pelik...1,2,3 dedicated entry dia buat khas untuk orang yang tu.


Betul ker dik? dah siasat abes abes ker...

Tuesday, March 22, 2011

Mia's left cleft ear lobe for closure operation

Dah lepas dah pun, dah nak dekat sebulan pun operation tu. Semua ok, telinga Mia pun dah ok. Tapi kena jugak aku ceritakan kat sini, sebab blog ni fungsinya sebagai diari kisah Mia. 27hb Februari 2011 aku admit Mia ke wad pediatrik HUKM. Yang benarnya, pukul 3 ptg (walaupun patut masuk dlm kul 5 ptg) doktor dah telefon dah suruh masuk cepat, sebabnya doktor bius semua dah bersedia nak jumpa Mia. Padahal masa tu, kami sekeluarga tengah sibuk membeli PSP untuk Mia masuk ke ward. Kelam kabut lah aku, dengan barang tak siap packing lagi. Konon pagi tu just nak keluar breakfast, tetiba husband aku culik kami, bawak ke pusat bandar, sebab nak bayar saman last minute. Masuk jer dalam wad, lepas selesai isi borang, jumpa doktor blablabla...inilah keja Mia...dah tak layan dah aku...dah dapat ubat dia dah...

Nak suruh ambik gambar pun, punyalah susah, langsung mata tu tak nak berenggang dengan skrin PSP...
Dah kena jerkah sekalik, baru dia nak pandang kamera sambil buat sengih paling tak ikhlas sekali...
Ini pulak sejam sebelum ke operation theater...masih dengan PSP...actually masa ni mmg aku galakkan dia main PSP sebabnya dia tgh puasa...dari mengiau2 lapar...aku redha jer lah dia mengadap PSP tu...
Ayahnya baring-baring sebelah dia...sebab masa Mia operation ayah kena pergi kerja..Umi jer yang tunggu...sedih jugak ayahnya...

Hehehe...masa ni dia dah siap dengan baju untuk masuk ke operation theater...buat muka cuak....tapi aku tak rasa langsung dia takut..mmg betul betul determine Mia untuk buat operation ni...
Dia buat muka comel pulak..geram betul aku..memang banyak betul main dia ni. Kat tingkat pediatrik ni ada bilik mainan budak...satu hari entah berapa kali pergi main kat situ..sampaikan dah balik rumah, tanya lagi bila dia boleh pergi masuk hospital semula..OMG..anak aku dah addict dengan hospital...susah nih...

Semua benda dibuat mainan, operation cap pun dia seronok buat main...budak-budak...

memang merah kena gigit pipi time ni...baju tu dah lah besar gabak...baju untuk orang dewasa tu macam anak popeye jer dah rupanya...

Hantar Mia ke operation theater, hati aku sebak jugak especially bila doktor bagitau segala risiko yang mungkin berlaku. Masa tu aku terfikir samada keputusan aku ni betul atau tak. Berdoa semoga semuanya selamat, sebab akhirnya ini adalah kehendak Mia sendiri. Menangis aku masa cium dia selepas dia kena bius.Dalam sejam lepas tu, operation tamat. Mia belum sedar, dan aku setia kat sebelah dia. Tutup mata tengok aku, biar dia bukak mata pun nampak aku dulu. Doktor cakap, Mia budak yang sangat berani. Sikit pun dia tak nampak takut, doktor tu kata kalau anak dia mesti dah meraung atas operation table. Doktor semua pun terkejut tengok file Mia yang dah setebal satu jengkal. Membayangkan betapa banyak prosedur dan komplikasi Mia sejak dari lahir. Miracle baby kata doktor.
My miracle baby

Bila bangun, inilah rupanya....muka budak nakal. Konon2 menangis lah tu.

Celik-celik jer mata, dia bertanya mana ayahnya. Rindu lama tak jumpa katanya. Cepat-cepat aku telefon ayahnya. Terharu ayah sebab anak dia tanya pasal dia celik-celik mata. Walaupun selama ni, tak boleh berenggang dengan Umi, tapi Ayah yang ditanyanya celik mata....

Ini hasil pembedahan tu. Gambar ni diambil keesokan harinya bila pembalut dah dibuka. Esok tu jugak kami discharge. Operationnya tak mahal, cuma RM500 saja...HUKM kan. Operation ni fall under plastik/cosmestic surgery.

Sekarang, jahitan pun dah dicabut...nampak cantuman dia lebih real. Cuma bila disentuh, terasalah kasarnya kulit pembedahan. Tapi insyaAllah, lama kelamaan lembutlah kulit telinga dia nanti.


Yeay...lepas ni Mia dah boleh pakai earing....siap pesan lagi nak earing kaler putih.


Mia seronok, Umi dan ayah pun seronok.........Love you sayang.........

Friday, March 18, 2011

Dear Elly

Dear Elly,

I can't believe the news...I still can't believe it now. You're so young, ambitious and I know you had so many plan for your future and for Sam. How I wish that was not you...

Terkilan, ralat dan sedih sangat rasa hati kak rose sebab plan kita untuk berjumpa tak pernah menjadi. Setahun lebih kita tak berjumpa. Kali terakhir kita berjumpa ialah pada 22 hari selepas kelahiran Sam dan kali terakhir kita bercakap ialah sejak beberapa bulan lepas.

Kak Rose salahkan diri sendiri. Sebab kak rose yang banyak cuba mengelak kamu dan Sam. Kak Rose takut hati kak rose jadi sayu dan beremosi jika bertemu kamu dan Sam. Asyik tunggu waktu bila kak rose bersedia, tapi akhirnya terlambat.

Mungkin sekarang, langsung peluang tu tak ada....dan itu lagi menambahkan kesedihan di hati kak rose.

Elly,

Kak rose dah anggap kamu seperti adik kak rose sendiri. Banyak yang kita share berdua. Kisah hidup sudah tentunya tapi yang lebih penting ialah kisah kita bersama Sam ataupun Rian. Semua itu akan sentiasa kak rose simpan dalam memori dan kak rose akan hargai setiap saat. Masa-masa itu adalah antara waktu paling berharga dalam hidup kak rose.

Jika satu waktu nanti, kak rose berpeluang bertemu Sam, kak rose akan ceritakan pada dia kisah hidup dia dan kisah hidup kamu yang kak rose tahu. Kak rose akan bercerita tentang betapa beraninya mummynya melahirkan dia berseorangan dan betapa dia memperjuangkan hidup anaknya itu.

Sejak akhir-akhir ni, kak rose selalu teringatkan kamu tapi kak rose ingatkan kerana hati kak rose semakin bersedia untuk bertemu kamu dan Sam. Mungkin terlalu rindu. Tapi rupanya itu tanda yang kamu akan meninggalkan kami buat selamanya.

My dear Elly,

I never regret the decision. The decision to let go Rian to you and your family, eventho you're willing to sacrifice your own feeling to keep Rian for yourself. Your act of pure kindness and understanding bring me to that decision and I thank you for that because that was the best decision I ever did.

I miss you and I'll surely miss you every day. May you rest in peace my dear, may you rest in peace.

Notes: Elizabeth Wong, telah meninggal dunia disebabkan kecuaian pihak kondominum di Damansara Perdana yang telah mengabaikan aduan demi aduan beliau tentang masalah elektrik dan soket di rumah sewanya sejak sebulan lepas. Akhirnya dia telah terkorban disebabkan litar pintas dan mengakibatkan dirinya telah terbakar dan melecur teruk dan kematiannya adalah disebabkan sesak nafas dalam asap kebakaran.

Tuesday, March 8, 2011

Steak yang sangat super delicious @ Menate/Syamille Steak House


Sabtu lepas, aktiviti GBM yang antara terhebat sekali aku rasa. Sebab dapat menikmati kesedapan dan keempukan daging lembu yang tak ada tandingannya. Menate Steak House ataupun Syamille Butcher kat area sebelah SPCA Jalan Kolam Air Lama Ampang ni dah 2 tahun beroperasi (tak silap aku). Restoran pertama dia adalah kat area USJ 21. Kira dah berkembang menjadi dua lah sekarang.
Ini ownernya Ezman yang secara detailnya menerangkan pada kami pasal jenis-jenis daging yang terdapat kat sini dan jugak segala persoalan lain contohnya bisnes kat sini mcmana? 'OK' sambil laju mengangguk. Mana tak ok nya, sekali orang datang masuk nak makan mesti paling sikit pun 3-4 org 5-6 org. Dah tu, omputih semedang. kalau dah omputih yang datang makan, tak yah cerita panjang lah kan. Dah tentu lah TERBAIK.Korang baca lah detail kat gambar atas ni pasal cara masakan steak. Pada aku yang terbaik untuk kita makan daging ni samaada medium well ataupun medium rare. tapi bagi kita yang tak biasa makan benda kurang masak, ambiklah medium well..percayalah. Janganlah ambik well done, mmg liat dan juice pun dah banyak hilang. Aku tanya, diaorang marinate dengan apa steak kami nanti. Simple saja, just olive oil, oyster sauce, garlic and pepper. Yerlah kan, aku rasa itu sebaiknya...dengan tu kita akan dapat rasa keaslian daging.
Wallah........hasilnya akan jadi seperti di gambar atas ni. Yang hujung sekali tu ialah grain fed beef. Maknanya lembu yang digunakan tu makan special diet iaitu bijian sahaja. Sejujurnya, walaupun Wagyu paling special dan Angus antara paling mahal. Aku tetap suka my steak, plain Grain fed beef, medium well. Seriously, lemak dia cair kat dalam mulut, tak pernah aku rasa. Aku bukanlah peminat lemak ni. Tapi bila saat aku termasuk satu piece bahagian steak grain fed beef yang berlemak tu...perghhhh....I'm in love....

Yang pukul 3 tu, ialah the bestest of them all iaitu Wagyu beef, speciality diaorang lah ni. Wagyu ni bezanya, terdapat marbling (lemak antara daging) yang dianggap paling terbaik. Masa aku datang ni, diaorang ada buat promotion 50% off for Wagyu Beef. Lembu Wagyu ialah lembu yang paling dimanja antara semua. Special treatment kata orang. Diet special, pagi-pagi bangun tidur akan di massage massage pulak. Pastu tak boleh stress yer...kalau stress nescaya lemak dia bakal bertaburan dimerata celah. Not good okeh...rasa dia..mak aiii..perghhh..mmg juicy dan lembut sangat. Confirm takkan ada kes gusi cramp punya (pernah kan, bila makan daging gusi rasa cam cramp jer).

Rotate ke pukul 6, itu ialah Angus beef, Daging lembu daripada lembu hitam yang dikenali sebagai Angus Cow. Sangat lembut dan kurang kolestrol. Rasanya tawar sikit daripada daging yang lain dan kurang lemak. Definitely good for people yang mementingkan kesihatan tapi masih nak makan daging merah.

Dan yang tepi sekali (pukul 9), ialah lamb ler...rasa dia memang lain daripada lamb chop yang korang makan kat mana-mana. Memang sangat berperisa dan lemak dia, sangattttt sedap (eh, apa ni, aku dah start makan lemak ker..aiseymannnn).Pastu keluar dua jenis spaghetti ni. Beef bolognese dan Beef Aglio Olio. Kedua-keduanya terhebat. Tak ada kurang..serius..tak tipu. Bolognese cukup rasa,tak masam sangat dan tak manis sangat just perfect. Aglio Olio ni punya sedap...korang tanya lah Ayu The Sun, dia memang peminat tegar Aglio Olio ni.

Oh, lagi satu info untuk korang daging-daging ni semuanya adalah chilled meat bukan yang frozen punya. Proses daging juga adalah mengikut piawaian daging terbaik Australia. Iaitu sebaik sembelih, daging tak akan terus dihidangkan. Tapi akan di kuarantin dalam chiller untuk tempoh-tempoh tertentu. Katanya, sebaik sembelih, daging tak sesuai untuk terus dimakan, kerana ada banyak bakteria akan keluar. Jadi, sebaiknya perlulah ada waktu kuarantin yang bersesuaian untuk jenis daging-daging tertentu.

Jadi memang sebaiknya, nak beli daging pergilah pada butcher bertauliah yang tau proses-proses terbaik. Kat Syamille @ Menate Steak House ni jugak ada jual cold cuts yang kita boleh makan dengan sandwich...my favourite........ada beef salami, beef bacon, breakfast strips dan macam-macam lagi. Aku beli beef bacon, harganya cuma RM9.90 untuk around 7-8 keping. Balik rumah, pan fried dengan minyak sedikit dan makan dengan bubur..perghhh...heaven...
Untuk harga, korang cuba tengok menu kat atas ni. Gambar-gambar ni banyak di cilok daripada blog Ayu the Sun, tapi aku tau dia tak marah..kan Ayu kan..hehe.
Untuk minuman pulak, jangan risau. Free jer dan free flow. Tapi jangan tak abeskan, nanti dia charge....Cumanya, tak banyaklah pilihan air nya yer. Jangan mengada nak pi mintak air tembikai ker, air bandung ker...nan hadoooo. Tapi takyah sibuk lah ke air sangat...dah penuh perut makan steak tu, takder nya korang rasa nak minum air bergelas-gelas.

Jadinya, apa lagi....kepada peminat Steak...a real steak...steak lover...pergilah cuba Menate Steak House...highly recommended by GBM. Sid makan diam jer, Kak Red terus order untuk family dia makan keesokannya, delivery hokeh. Bojeng..perghh berkilogram daging dalam perut. Terpaksa makan untuk tunangnya, Yan, yang tak dapat datang. Ayu dan Syahrul, diaorang dah pernah makan dah..kawan diaorang punya kedai pun..anytime leh makan lagik. Mia, alahai ciput sangatlah dia makan. Dia bukan makan daging pun.

Alamat:
Menate Butcher Shop / Steak House
No, 16 Jalan Kolam Air Lama Satu
68000 Ampang Jaya
Selangor

(Area shop lots sebelah SPCA, Ampang)

Friday, March 4, 2011

Perasan tak?

Perasan tak, sekarang banyak accident melibatkan penunggang basikal sebab sekarang bawak basikal dah jadi satu trend semula. Aku rasa kat KL ni tak berapa sesuai bawak basikal wahima ke sekolah sekalipun. Sebab jalan terlalu sibuk. Kecuali kalau kerajaan ada inisiatif dan sedar tentang trend sekarang ni dan sediakan lorong menunggang basikal yang lebih sempurna. Macam di Singapura.

Perasan tak, H1N1 dah kembali semula. Semalam news dalam The Star tentang sorang budak perempuan form 5 yang mati lepas 2 hari masuk hospital. Asalnya dia tak demam pun, cuma batuk dah seminggu, muntah-muntah dan pening kepala jer. Tak ada demam okay...lepas joging satu hari tu pengsan bawak hospital..after 2 days...Innalillah...aduh takut aku lah..Dulu kita cari tanda demam, sekarang batuk,pening,muntah pun dah kena eprgi cek...Ya Allah selamatkanlah kami.

Perasan tak, dulu masa kita budak-budak, masa kita remaja dan masa kita belum menginjak dewasa, senang sangat kita nak meluahkan perasaan dekat kawan-kawan especially kawan baik. Tapi sekarang, susah betul. Dulu kalau dia busuk, kita cakap jer..apsal ko ni busuk sangat..pergi mandi lah. Sekarang, kalau dia busuk kita diamkan jer takut dia terasa. Itu contoh lah. Hakikatnya persoalan yang lebih berat daripada tu yang kita susah nak cakap. Contohnya: Kenapa lah awak susah sangat nak jawab telefon atau sms saya? Awk susah betul nak bertanya khabar kawan-kawan kan. Tak ada inisiatif langsung daripada pihak awak. Saya tau lah awk selalu nak nampak cool. Tapi its not cool anymore to avoid people. Mungkin awak rasa awak tak perlukan perhatian dan kasih sayang dari orang lain. Jangan ego sangat dengan perasaan sendiri. Apa yang awak cuba tutup? kalau tanya pun, tak mungkin dia nak jawab. Dia just anggap jer email atau sms tentang persoalan-persoalan ni berlalu di angin lalu atau dia anggap jer tak wujud dan persoalan tu terlalu kebudakan. Sedangkan ianya tidak. Ianya ialah satu proses yang sangat penting dalam kehidupan kita sebagai manusia dan keperluan untuk saling berhubungan.

Perasan tak, memulihkan hubungan atau pun membina hubungan yang lebih baik antara manusia memerlukan komunikasi. Tanpa komunikasi yang baik memang boleh hilang, pooff...Kadang-kadang bila aku rasa tak puas hati dengan suami aku pun sekarang, aku lebih suka diam dari bertekak. Tapi aku sedar yang bila aku diam, sebenarnya ia menjadikan hati aku lebih bernanah dan kalau aku biarkan jugak dia akan jadi dormant. Masalah tak selesai pun. Jadi, lebih baik aku bertekak sekarang dan sampaikan apa yang terbuku daripada menyesal kemudian dan mengasihani diri sendiri.