Cooped up at the office? Get some colour! Head to Krabi this holiday! #CutiCutiIsland #MilkADeal
Ini offer aku tak tahan...meh nyanyi lagu Hati Tak Tahan meh...nak pergi yeah nak pergi...
Tuesday, April 26, 2011
Getting a brand new car VS polished car to look like new. Save ur money, only RM48 by #1818Car . #MilkADeal
Getting a brand new car VS polished car to look like new. Save ur money, only RM48 by #1818Car . #MilkADeal
Sangat sangat berbaloi rasanya kannnnnnnnnn
I would like to sign up too...............
Sangat sangat berbaloi rasanya kannnnnnnnnn
I would like to sign up too...............
God of Carnage Media Preview
PJ Laugh Arts calendar memang penuh from April - June. jadi apakata pilih play yang korang rasa best kat website dia dan book your ticket NOW!
God of Carnage: Show Date & Time
28th - 29th Apr : 8.30pm
30th Apr : 5pm & 8.30pm
1st May : 5pm
3rd - 6th May : 8.30pm
7th May : 5pm & 8.30pm
8th May : 5pm
Admission Prices
RM 60
RM 30 - Student/Senior Citizen
Monday, April 25, 2011
Red Riding Hood, Source Code dan Rio
I watched these 3 movies in a week time. Time tengah ada mood, berderet-deret movie aku tengok. Bila takder mood...sebulan pun pernah tak tengok movie ha...jom baca serba sedikit pasal ketiga-tiga movie ni...yang semuanya sedang ditayangkan dipawagam.

BINTANG 3.5
Synopsis: Valerie (Seyfried) is a beautiful young woman torn between two men. She is in love with a brooding outsider, Peter (Fernandez), but her parents have arranged for her to marry the wealthy Henry (Irons). Unwilling to lose each other, Valerie and Peter are planning to run away together when they learn that Valerie's older sister has been killed by the werewolf that prowls the dark forest surrounding their village. For years, the people have maintained an uneasy truce with the beast, offering the creature a monthly animal sacrifice. But under a blood red moon, the wolf has upped the stakes by taking a human life. Hungry for revenge, the people call on famed werewolf hunter, Father Solomon (Oldman), to help them kill the wolf. But Solomon's arrival brings unintended consequences as he warns that the wolf, who takes human form by day, could be any one of them. As the death toll rises with each moon.
Kisah Red Riding Hood versi baru. Versi lama, versi budak-budak memang cerita pasal budak perempuan berhud merah dengan serigala betul kan. Tapi kali ni, ada lain sket. Werewolf yang muncul. Bila aku tengok cerita ni terbayang cerita Werewolf lakonan Anthony Hopkins tu..ada similarity sikit.
Juga teringat aku dengan Hikayat Merong Mahawangsa...alah..part Garuda dalam legend dah ditukar as Geruda si lanun tu lah. Ramai yang bengang, marah..dan salah sorangnya termasuklah Editor Hiburan HM. Apa lah yang diaorang ni nak pelik. Aku rasa logiklah dia buat kisah keluar Garuda as seorang lelaki daripada dia keluarkan burung Garuda. Buat macam ni salah, macam tu pun salah. Lantak pi lah Yusry nak kawan ker nak kawin ker ngan Lisa. Dua-dua pun bujang whattttt...(eh lari topik).
Ini punya movie adalah dibelanja oleh Redmummy. Istimewa kami (kami tu termasuk Ayuthesun) sebagai kroni..hahaha...yerlah kan..kang nak ajak reader ada yang tetiba tak leh datang lah, jam lah, hujan lah..rugi plak duit hamba Allah tu. Ajak kroni senang...hujan ker banjir ker..redahhhh...Thank you hakak red....lap u so strong...
BINTANG 3.5
Synopsis: Colter Stevens an American Army helicopter pilot whose last memory is flying in Afghanistan, wakes up on a commuter train. But he discovers he has assumed the identity of another man. 8 minutes later the train explodes and Stevens finds himself in some kind of pod. He then talks to someone named Goodwin who tells him he has to go back and find who the bomber is. He is sent back and is going through the whole thing again and tries to find who the bomber is but fails and the bomb goes off and he is back in the pod. He is sent back again and still can't find out anything. When he comes back he asks what is going on, Goodwin and Rutledge, the scientist in charge tells him he is part of a project that can put someone in another person's consciousness during the last 8 minutes of their life. Stevens says why doesn't he just stop the bomb, he is then told that he is not going back in time but placed in the moment so he can find out who the bomber is and if there are any other targets.
Aku suka cerita macam ni. Kalau korang suka filem Dejavu (Denzel Washington) mesti korang boleh layan movie ni. Tapi kalau korang cam orang yang suka plot yang tak berulang dan pantas ala ala Transporter...baik tak payah tengok..macam laki haku ngan si Mia. Kita dok tengok movie, diaorang berdua boleh baekkkkk punya lelap.
Aku suka filem ni sebab dia menyempurnakan yang mana kurang. Pengarah dia berpeluang untuk memperkemaskan yang mana tidak dan bagi setiap penonton untuk memilih scene yang terbaik yang kita mau. Pendek kata filem ini mencari perfection. Dan aku puas dengan pengakhirannya dan sebuah filem yang perfect pada aku. Mungkin hanya pada aku dan bukan pada kamu. Husband aku kata filem tu boring sebab scene dia berulang-ulang yang sama. Tapi aku sukaaaaaaa....
BINTANG 3.5
Synopsis: Blu (voiced by Jesse Eisenberg) is a rare Blue Macaw raised in Minnesota by the bookish Linda (voiced by Leslie Mann). But being the last male of his species, Blu is requested to leave his Minnesota homeland and shipped to his real birthplace, in Rio de Janeiro, where a female of the same species is being kept in captivity. Blu doesn't warm up easily to the impetuous Jewel (voiced by Anne Hathaway), and certainly a rare bird such as her being kept in captivity like that doesn't help. It also doesn't help that Jewel wants to escape and Blu, being a total "housebird" and all, can't fly.
Rio aku rasa setakat ok ok jer. Setakat filem kartun yang biasa-biasa jer pada aku. Tak berminat pun untuk aku tengok banyak kali tak seperti aku suka dengan Monster Inc. atau Ratatouile. Tapi cukup menghiburkan. Especially untuk budak-budak macam Mia. Lagi-lagi dengan adanya free ticket dengan pembelian Happy Meal McD, dengan syarat kita beli 2 tiket dewasa dulu. memang berbaloi-baloi lah bagi aku.
Kalau korang perasan, ketiga-tiga filem kat atas pun aku kasi 3.5 bintang jer. Sebabnya walaupun masing-masing menghiburkan tapi banyak jugak elemen-elemen lain seperti kelemahan watak (dalam RRH), plot yang terlalu berhati-hati (SC) dan ermmm..Rio mungkin pada aku satu plot ulangan dari filem kartun yang ada banyak sekarang ni.
Friday, April 22, 2011
Akhirnya masalah aircond kereta aku beres
Setelah berminggu-minggu lamanya aku bersauna (adakalanya) dalam kereta. Akhirnya semalam kereta aku kembali ok.
Dah 2 pusat servis Honda yang kami pergi dan 2-3 kedai specialist aircond yang aku pergi. Diagnosis mereka selalunya untuk pembaikan yang berharga RM 800 - RM 2000. Dan selalunya diagnosis yang bajetnya RM2000 itulah yang diberikan. Sudahlah macam tu, diagnosisnya pulak macam-macam...buat kami jadi pening. Sungguh tak meyakinkan langsung.
Akhirnya, aku hantar kereta aku ke bengkel Reliance Sdn Bhd, Cheras. Kat belakang SKJC Nam Kheung, recommendation dek adik ipar aku. Sebaik sampai, aku letak kereta, cerita serba sedikit dan balik semula ke rumah mak mertua aku untuk pinjam kereta lain dan pergi kerja.
Aku agak, mesti lama ni sebab dia kata nak check guna machine. Sebab last time masa aku nak hantar ke Honda Service Centre, CS cakap kena tinggalkan kereta satu hari sebab nak buat tu lama dan kena bukak semua part aircond.
Tengah aku panaskan enjin (tak sampai setengah jam dari time aku hantar kereta). Tetiba dapat call dari bengkel tu mengatakan dah siap. Aku terpana sekejap, tak percaya. Berkali-kali aku tanya semula..dan jawapan masih sama. Ambil kereta, aircond dah OK.
Semangat aku berjalan kaki lebih kurang 3km dalam panas terik. Peluh turun macammmm hujan. Sesampainya, specialist tu kata aircond aku cuma terlebih gas. Bila gas terlebih, menjadikan compressor tak boleh jalan dan aircond pun tak keluar. Sesekali sejuk dan sesekali panas. Cuaca sejuk, aircond ada..cuaca panas, aircond hilang.
Bayaran: Free of Charge (Jump with JOY)
Macam-macam diagnosis yang kami pernah dengar pasal masalah aircond kami. Ada yang kata kena tukar button on/off aircond (bajet 2K), ada yang kata kena tukar compressor (bajet 800 - 1500) dan ada yang kata kena isi gas (itu paling bodoh sekali sbb semua ni terjadi selepas kami service aircond dan tambah gas aircond).
Masa service aircond tu, selain kipas dan ada lagi 2-3 spare part yang bertukar dan kami dah pun berhabis lebih kurang 2k. Selepas tu semua lah, aircond kereta jadi problem. Dah hantar semula pun diaorang tak jumpa punca.
Jadi, kepada pengguna kereta sekalian. Tak kiralah Honda atau bukan. Jika ada masalah aircond dan tayar. Cari saja bengkel luar yang lebih pakar sebabnya mereka pun outsource. Hantar kereta kita ke luar.
Honda Service Centre...huh..mengecewakan. Peringgit di Jln Klang Lama sepatutnya bengkel Honda terbesar dan ramai specialist. Tapi bajet yang mereka letak, bukan bajet tapi mencekik. Inilah Honda yang kami kena quotation sampai 7k hanya untuk cat semula scratch kat cover tayar belakang CRV kami. Katanya sebab sensor pun ada masalah...dan sehingga ke hari ni sensor kami TIADA masalah.
Honda Wegro Cheras - Juga agak mahal, terlalu ramai orang dan customer service biasa-biasa saja, tiada yang istimewa. Kepakaran juga kurang, efficiency juga tak ada. Setiap kali aku suruh basuh sekali bila dah servis. Tak pernahnya dibuat. Katanya kereta terlalu banyak..setiap kali.
Honda Global Amity, Serdang - Customer Service paling bagus antara semua, explaination bagus, harga tak mahal sangat..tapi kepakaran staff mekanik sgt teruk. Masalah aircond aku berpunca daripada mereka.
Jadinya meh lah aku rekomen tempat yang aku pergi ni. Reliance Sdn Bhd, Cheras..belakang Dewan Badminton Cheras, Dewan Belia, SKJC Nam Kheung. Berbaloi-baloi....
Thursday, April 21, 2011
Wednesday, April 20, 2011
Mia and Math
PEMBETULAN: MIA TAK FAILED MATH...DIA DAPAT C RUPANYA....YIPPIEEEEEE (mesti korang tak pernah jumpa mak yang happy anak dia dapat C kan..hahahaha)
Should I be worried?
Minggu ni Mia dapat keputusan untuk ujian pengesanan that she took last week. She is so good in bahasa...I tell you...full marks for Bahasa Malaysia, A for English, Science and Pendidikan Islam. But when it comes to Mathematic.....its like she's a different person. Failed ok...bukan takat B or C tapi failed terus.
I know her, dia punya self confident memang cukup makan jer. Bila aku tanya dia kenapa dia dapat teruk sangat untuk math, dia akan cakap..because susah dan because dia tak pandai.
I told her, kalau betul dia tak pandai...kenapa yang lain dia dengan mudah jer dapat A tapi Math teruk.
Aku bukanlah mengharapkan dia score Math. Kalau dapat B pun aku dah puas hati. Sebab I know my daughter and she's mine....kemana lagi tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Umi pun weak in Math..sampai besar. Kalau sekarang orang tanya aku tiba-tiba 13+68 berapa? Confirm aku terkial-kial keluar jari aku mengira. Tapi tak bermakna kat sekolah Math aku failed.
Masa exam Math and Science that day, Mia demam...jadi aku faham kalau dia tak dapat score. Tapi.... 300+9 = 398? 6+4+8 = 64?...itu memanggggggggg sebab dia malas kira.
Oh Tuhan...tolonglah bagi aku kesabaran mengajar Mia Matematik.
p/s: Wan nya awal-awal dah pesan aku dan ayahMia supaya jgn marah kat cucunya. Alasan= dia demam time tu....dan dan cucu dia tak leh marah...time aku dulu...satu salah, satu piap....but itu bukan complaint, cuma nak membezakan jer...hehe...
Tuesday, April 19, 2011
I'm not a belieber but I'm going anyway....
Ini diumpamakan seperti bulan sabit jatuh ke riba...
Tetiba dapat call from my auntie tadi, tanya aku nak pergi konsert Justin Bieber tak?
erkk...Justin Bieber?
I'm not his fan...definitely...apatah lagi 'belieber'...tapi sape yang giler nak lepaskan peluang macam ni...habaq mai...
Lagu....best, kegilaan muda-mudi zaman sekarang...very inspiring young boy.
Count me in...count me in....definitely not to be miss concert.
Justin Bieber............here I come........ (oh first...I have to memorize all ur song...baby baby baby ooo)
Monday, April 18, 2011
Aku dalam dilema
(confuse kejap...nak eja dilema pun ambik masa 10 minit..dilema ker dilemma? atau ada ejaan lain selain itu?)
Kenapalah aku pilih bidang kerja aku sekarang yer? Padahal aku tau kerja ni akan menuntut masa dan tenaga yang tak berbelah bagi daripada aku.
Bilamana aku dah dapat segala keselesaan yang aku mahu. Boss yang baik, masa yang flexible dan kerja yang tak membebankan...ada pula halangan lain sekarang.
Jika aku berkeputusan untuk mencari yang lain selain ini. Sekali lagi, mereka semua menuntut segala masa dan tenaga yang maksimum.
Berbaloikah untuk aku hilang semua keselesaan yang ada sekarang hanya untuk mencari yang lebih material?
Kasihan Mia, ayahnya sudah workaholic dan nanti Uminya pulak yang terpaksa meng'workaholic' kan diri?
Adakah masa untuk anak aku yang seorang tu nanti? Kesian pulak...tak sampai hati.
Apa yang sepatutnya aku lakukan sekarang? Dilema sungguh.
Friday, April 15, 2011
SERUkan namaku, bangkitkan jasadku
Tajuk Filem: SERU
Arahan: Woo Ming Jin & Pieere Andre
Terbitan: Tayangan Unggul & Hanamia Services
Lakonan: Sharnaaz Ahmad, Katija, Cut Mutia dan Nisha Dirr. Cameo oleh Nora Danish, Pierre Andre and Awal Ashaari
Sinopsis:
Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu pengambaran filem seram yang bertajuk 'Jangan Bernafas'. Semasa pengambaran berlangsung, secara tiba-tiba pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku, diluar jangkaan mereka.
Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan krew disebalik pembikinan filem tersebut, ingin menjadikannya sebagai 'footages' menarik untuk tujuan promosi. Namun seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan, menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal..tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi.
Komen aku:
Seram nak mampos! Lakonan yang sangat meyakinkan! Sangat realistik! Lebih baik daripada filem Quarantine!
Ramai yang dah sedia maklum, aku bukanlah peminat cerita genre seram. Pada asalnya ada wujud rasa untuk decline saja invitation yang satu ini. Sebab banyak benar filem seram yang ditayangkan di pawagam sekarang. Kadang-kadang menyampah pun ada. Kala aku dapat invitation untuk preview ni, dalam hati (Shit! seram lagi...what??? Quarantine research film dia?!..aduh..tak suka lah slasher movie pastu shot by shot nih).
Tapi aku tekad untuk pergi jugak, dan kali ni aku ditemani peminat filem-filem seram, En. Suami. Walaupun aku tau, setiap kali aku angkat tangan untuk tutup mata, dialah nanti yang akan jadi pendajal tarik tangan aku ke bawah.
Permulaan cerita, muncul cameo daripada Nora Danish,Pieere Andre dan Awal Ashaari. Serious lakonan Nora sebagai perempuan yang trauma sangat sangat realistik. Dahsyat. tapi cerita yang sebenar bermula hanya 5minit kemudian...dan keluarlah shot by shot scene yang seumpama diaorang tengah shot dokumentari, the making of, belakang tabir filem tu.
Pening? yer...anda akan pening pada permulaan nya. Husband aku pun tak tahan. Tapi bila melihatkan riak muka yang sangat realistik daripada pelakon-pelakonnya terutama Shaarnaz Ahmad, aku jadi terlupa dengan shot-shot yang memeningkan tu. Pandangan aku lebih fokus kepada setiap riak ketakutan yang mereka paparkan. Sharnaaz Ahmad....aku suka lah dia...
Walaupun banyak scene yang aku boleh agak apa jadi, tapi aku tetap terkejut dan terkujat macam nak putus urat leher setiap kali antu atau bukan antu yang keluar. Ada satu scene tu, tetengah hutan, ada budak kecik tgh main buai...aduhhhhh...mmg sah nak kena maki ni. Tak sampai 2 minit..terbang punggung aku daripada seat...
Cuma kalau tanya husband aku, dia tak puas hati ending cerita ni. Sebab katanya tergantung...well....pengarahnya melihat potensi untuk cerita ni bersambung. Banyak persoalan yang belum berjawab.
Bagaimana anak beranak itu mati dibunuh? Kenapa mereka dibunuh? Apa kaitan Azman dalam itu punya cerita? Mana Jeff? Mati ker belum? Ada tak orang jumpa tape tu? Maknya dah bangun, anaknya macamana pulak? Sequelnya kah?
Wahhhh...tak sabar aku nak tunggu sequelnya (kalau ada). Kalau lah ini drama bersiri, minggu depan dah terjawab semua persoalan aku agaknya.
SERU bakal menemui penonton di 54 pawagam seluruh negara pada
28 April 2011.
Wednesday, April 13, 2011
IKHLAS untuk rakyat?
Kebiasaannya kalau aku dengar orang tengah 'berbincang' pasal keburukan Malaysia dan keadaan segalanya tentang negara ni yang tak sedap di dengar. Aku ambik pendekatan, diam dan buat-buat aku tak dengar. Bukan bermakna aku ni special branch..no no no. Tapi aku sakit hati sebenarnya dan bukan perangai aku untuk bertelagah dan bertegang urat. Sama macam aku tak suka orang mengata pasal mak aku atau adik beradik aku atau suami aku walaupun aku tau diaorang memang ada kelemahan yang boleh di'kata' kan.
Aku tak suka dengar orang memburukkan tentang negara aku. Tak kira lah sebanyak mana jelaknya yang mereka itu lihat. Diaorang selalu kata, Rose penyokong kuat kerajaan, orang Najib. Aku orang Pekan, dari Parlimen Najib aku akui. Tapi untuk mengatakan aku penyokong kuat Kerajaan, Najib mahupun Barisan Nasional, aku rasa belum cukup buktinya.
Aku cuma terlalu sayangkan NEGARA aku dan mahu melihat dia terus maju dibawah pimpinan tak kira siapa. Jika tiba masanya barisan pembangkang yang menjadi Kerajaan, aku tetap akan menjadi rakyat yang seperti ini...tiada mungkin aku berubah.
Mereka kerap marah dan mengatakan yang Kerajaan Malaysia sekarang useless, corrupt, unefficient dan segala perkataan yang tidak manis. Tapi tidakkah mereka sedar yang segala perkataan itu adalah sifat dan sikap manusia.
Aku jamin, sesiapa pun yang bakal memerintah. Mesti akan ada wujud segelintir yang berperangai busuk begitu. Mereka ini bertopengkan kebaikan. Tapi bukan senang untuk kita mengelakkan manusia yang sebegini. Ramai di sekeliling kita.
Pada aku, kita pulihkan hati kita dulu..pulihkan diri kita dulu..kemudian pulihkan yang terdekat dengan kita dan seterusnya.
Aku mahu wujud Negara Malaysia yang sentiasa berfikiran positif. Walau semundur manapun negara ini tapi ini negara kamu. Jangan hanya pandai bercakap tapi tiada usaha mahu mengubahnya. Jika ada masalah negara, pilihan kamu hanya untuk lari...lalu NYAH lah kamu dari Bumi Malaysia. Kami pun tak perlu ada nya seorang seperti kamu.
Tapi Malaysia, kadang-kadang ada betulnya cakap mereka. Jika ada polisi atau perancangan besar yang kamu unjurkan, binalah ia kerana masyarakat dan bukannya kerana kepentingan orang ini atau orang itu. Bekerjalah untuk rakyat..Ikhlas.
Projek MRT yang ada sekarang, aku dengar banyak kelemahannya. Mahu bina landasan 10m dari pintu depan rumah mereka? Ambil hak milik mereka yang berada di prime land? Notis hanya ditampal di lamp post? Betulkah cara kamu itu? jangan mendatangkan amarah pada yang berlaku baik pada kamu. Kerana dengarnya ada yang sudah jelek. Kamu kehilangan satu undi dan satu kerakyatan daripada seseorang yang berkaliber. Sayang.....
Tuesday, April 12, 2011
Maharaja Lawak SUPERB..AF 9 KURENG
DECLARATION: Saya suka MAHARAJA LAWAK.....HAHAHAHAHA....Sangat besttttttt....Saya adalah salah seorang penge'vote' kamu semua. Siapa sedap...semua dapat vote rm3 sorang..sape tak sedap...pi jalannnn....kehkehkeh.... Saya tak berapa suka AF 9....bebudak ada yang tak best..macam..ek eleh...tapi NERA adalah sangat cantik walaupun suara tak sedappppppp...hahahaha...
Thursday, April 7, 2011
Monday, April 4, 2011
My Auntie's opinion on Japan's Disaster
Just want to share with all of you, my Auntie's view on the Japan tragedy...(extract this from her comment from my previous entry on the same topic).
Great article and write up,yes its amazing how the Japanese handle the situation,nonetheless I feel compel to share a few things:
Japan is aware of their precarious location on tectonic plate,therefore:
1-buildings and structure in Japan has to be able to withstand earthquakes up to 7.5 r.scale.that helped to explain why structures could withstand the disaster.building cost in Japan is high vs here for eg.
2.the people regularly go thru drill to prepare them in the event of disaster.
3.emergency bags are kept next to main door to enable people to leave immediately
4.emergency kits containing valuable survival kits are sold widely
5.Japanese grief internally,sometimes causing greater damage,resulting in high suicide rates.
What can we learnt:
The result of meticulous planning and preparation have certainly alleviate panic situation,as generally people know what to do.nothing beats proper planning.That helped to manage perception too.
Having said that the seemingly high level of discipline and underlines,consideration etc displayed by the Japanese is amazing.
Lesson we can learn ;
nothing beats planning,preparation,risk management and aversion,ie preparing for the worst.Grieving is influenced by many elements,no such right way to grieve,what seemingly seem dignified may not be the proper way to grief for others.
In a way,they may not even have time to grief yet as they are still fighting the nuclear radiation,not out of danger yet.
Indeed there are many lessons to learn from them,let's pray Malaysia is protected from such calamities.
psst psst: She should start her own blog right? BRAVO!
p/s: Yup....lets pray that our beloved country will be protected by Allah from calamities and such tragedy...Amin
Friday, April 1, 2011
Bezanya rakyat Jepun dan kita Malaysia
Dah baca email berantai pasal 10 things you can learn from Japanese Earthquake/Tsunami/Nuclear Disaster?
Aku perasan blogger pun ada banyak letak pasal ni kat blog masing-masing. Jomlah aku share sekali;
1. THE CALM
Not a single visual of chest-beating or wild grief. Sorrow itself has been elevated.
2. THE DIGNITY
Disciplined queues for water and groceries. Not a rough word or a crude gesture.
3. THE ABILITY
The incredible architects, for instance. Buildings swayed but didn’t fall.
4. THE GRACE
People bought only what they needed for the present, so everybody could get something.
5. THE ORDER
No looting in shops. No honking and no overtaking on the roads. Just understanding.
6. THE SACRIFICE
Fifty workers stayed back to pump sea water in the N-reactors. How will they ever be repaid?
7. THE TENDERNESS
Restaurants cut prices. An unguarded ATM is left alone. The strong cared for the weak.
8. THE TRAINING
The old and the children, everyone knew exactly what to do. And they did just that.
9. THE MEDIA
They showed magnificent restraint in the bulletins. No silly reporters. Only calm reportage.
10. THE CONSCIENCE
When the power went off in a store, people put things back on the shelves and left quietly!
Yang paling aku kagum the last point. Serious, diaorang letak balik barang dan keluar diam-diam? Wow....memang giler WOW!
Korang rasa kalau perkara ni terjadi kat Malaysia, adakah kita akan jadi seperti rakyat Jepun? Patuh, Berdisiplin, Jujur, Tak mementingkan diri sendiri?
Aku sangat-sangat rasa mustahil.
Mungkin akan ada yang bersikap begitu, tapi sebagai rakyat negara ni yang dah hampir 32 tahun aku membesar bersama, aku selalu terkecil hati dengan sikap kiasu, selfish, tak jujur dan tak berdisiplin kita. Mungkin tak seteruk kiasu nya rakyat Singapura. Tapi kiasu Malaysia aku lihat semakin mencontohi Singapura.
Tak perlu pandang jauh, lihat saja dalam ofis aku. Tika membincangkan kisah malapetaka dan krisis politik sedunia sekarang ni...satu jer penyelesaian mereka...Leave Malaysia Immediately. Seriously, kalau macam tu lah sikap sebahagian rakyat kita...20% pun kita tak menghampiri sikapnya rakyat Jepun.
Bayangkan kemunduran Jepun sekarang ni. Siapa yang nak terima package atau import dari Jepun? Hari-hari keluar cerita dari media Singapura tentang bagaimana diaorang mengesan radioaktif pada hasil import sayuran atau barangan dari Jepun. Sampaikan restoran makanan Jepun seluruh dunia pun mengalami penurunan drastik dari bilangan pelanggan mereka. Menyedihkan bukan?
Tapi, maklumat penting yang aku nak sampaikan disini ialah...adakah kita mampu belajar dan menyamai kekuatan rakyat Jepun jika kita menghadapi musibah yang serupa? Fikirkan...
Buanglah sikap pentingkan diri sendiri dan ego dalam diri kita. Marilah kita tanam sikap menghormati orang lain dan sentiasa bersederhana. only my 2cents
Subscribe to:
Posts (Atom)

