Tuesday, May 31, 2011

Dilema hidup di bandar besar

Kengkadang aku fikir, duduk KL ni memang susah nak bagi yang terbaik untuk anak. Mesti ramai yang fikir aku gila kan bila cakap macam ni. KL ni apa nak semua ada. Semua perkara di hujung jari dan dihujung jalan. KL ialah tempat yang paling banyak kemudahan. Cakaplah apa saja, semuanya ada.


Yer, aku sedar semua tu. Tapi untuk menyediakan yang terbaik untuk anak, tak cukup sekadar kemudahan yang banyak tapi susah untuk dicapai. Inilah yang aku rasa sekarang.


Contoh paling mudah, nak hantar anak ke sekolah. Itupun dah jadi masalah. Sekarang, atuk Mia yang hantar dan ambik dia dari sekolah. Aku tak berani lepas dia naik bas sekolah. Salah satunya sebab bas sekolah yang hantar ke kawasan rumah mak mertua, route ke situ adalah route yang terakhir. Takut aku weh..anak aku dah lah pompuan.


Lagi satu, sekolah Mia betul-betul tepi jalan yang sibuk. Risau aku memikirkan kalau dia cuai melintas jalan..lagi teruk kalau ada orang culik. Nehi nehi...........


Dahlah sekarang, kembali lagi masalah yang lama. Kes susah nak hantar mengaji. Dulu, aku hantar jer Mia kat rumah nanny kawan dia. Nanny dia dengan senang hati hantar budak dua orang tu mengaji. Sekarang nanny tu dah berhenti lepas 8 tahun jaga budak tu. Jadi, mengaji diaorang pun dah sangkut semula.


Kalau kat Pekan, semua tu tak jadi masalah. Senang jer capaian untuk ke sekolah, mengaji, tuisyen, jalan tak sibuk. Sampaikan mak aku pun dah offer untuk jaga cucu dia kat Pekan. Katanya, kat Pekan semuanya bakal terjaga. Kemudahan lagi senang nak dapatkan walaupun tak banyak macam kat KL. Memang tak ada kes mengaji terabai, tuisyen terabai, Ko-Ku pun tak ada masalah untuk Mia hadir.


Tapi, masalahnya...sanggupkah aku nak berjauhan dengan anak. Anak dah lah sorang, pengarang jantung aku pulak tu. Perghhh...tak dapat bayangkan.


Tak apalah mak, biarlah apa pun. Mia, aku tak sanggup berjauhan. Aku akan cuba sehabis baik beri segala keperluan dia, walaupun dengan segala kepayahan.

Monday, May 30, 2011

Kungfu Panda 2 @ Viva Home Cheras

Both are awesome. Honest...

Tak sangka aku, UE3 yang dulu tak bermaya dan mati, sekarang bukan main happening lagi. Aku suka konsepnya. Kepada siapa yang bertanggungjawab membangunkan semula UE3 sebagai Viva Mall memang brilliant dan genius yang teramat. Perubahan yang sangat ketara dan hebat.


Memang 'menjadi' konsep shopping complex yang menumpukan segalanya kepada keperluan rumah dan lifestyle. Aku tak nampak langsung ada kedai baju. Semuanya memang tertumpu pada keperluan interior, exterior untuk rumah kita.


Juga ada MBO Cineplex yang sangat besar dan selesa. Ada jugak banyak F&B outlets yang sedap-sedap. Satu perkara yang aku tertanya-tanya bila masuk ke dalam Viva Mall ialah siapa lah yang bertanggungjawab merubah tempat ni. Jawapannya Kha Seng Group...ermmm...whoever you are..you have done a brilliant job..BRAVO!


Aku suka tempat ni, dan aku pasti akan jadi pengunjung setia. Belum habis lagi aku jelajah ahad lepas. Banyak lagi kedai aku belum masuk. Ahad lepas, Popular Bookstore ada buat jualan penghabisan stok kat Expo Hall, Viva Home. Best gilerrrrr...sampai 80% sale nya. Menggila aku tengok orang membeli. Kami cuma beli buku revision exercise untuk Mia. Nak membeli part aku, gaji belum masuk daaa...

Ini lah sebenarnya penyebab utama kami ke Viva Home semalam. Kungfu Panda 2 yang Mia sibuk jerit kat telinga aku dan ayahnya. Kena tengok 3D semalam sebabnya yang biasa punya tayangan alih bahasa pulak ke cantonese. Tak apalah, asal dapat tengok.



Kungfu Panda yang terpaling best aku tengok. Lagi best daripada yang No. 1. Kelakar yang teramat sampaikan bising satu movie hall tu dengan gelak orang ramai. Memang puas hati dan sangat mampu untuk me'release tension' sape2 yang tgh stress.


Aku kasi 5 bintang.


Siapa-siapa yang tak tau pasal kewujudan Viva Home ni, tengok ajer map kat atas ni. Kalau tak cukup jelas, sila klik yer. Alah....mesti korang tau Loke Yew kan kan kan. Pendek kata kalau lalu Jalan Loke Yew menghala ke Cheras tu memang takkan terlepas punya lah.


Lagi satu yang aku suka pasal Viva Home ni. Excess road dia memang sangat praktikal. Dari dulu lagi aku perasan. Salah satu sebab UE3 mati ialah sebab excess road yang tak sesuai dan Viva Home berjaya mengubahnya.

Friday, May 27, 2011

Splice..cerita yang pelik dan aku tak suka

Cerita yang sangat pelik pada aku dan aku tak suka cerita pelik-pelik macam ni. Aku tak suka cerita yang alien atau benda yg bukan manusia atau benda yang jahat pengaruhi manusia supaya buat benda tak baik. Paling teruk bila pengaruhi manusia supaya have sex with them. Giler...weird....eeiii seram...


Splice ni pasal dua scientist yang rebel dan muda dan aku personally rasa, tak bertanggungjawab. Cuba buat satu jenis makhluk baru berdasarkan combination DNA manusia dan binatang. Bodoh giler kan...bebal nak mampos kalau betul ada scientist bongok macam ni.


Dari awal benda tu lahir dah nampak bahayanya. Tapi diaorang teruskan jugak. Sampailah DREN ni dah besar dia boleh goda pulak scientist lelaki tu utk have sex dengan dia. Bodoh punya jantan kan...benda tak rupa manusia tu pun dia nak jugak..eiiii... (relax rose..cerita jer tu).


Pastu dah gitu gini, diaorang nampak Dren mati, kuburkan tetiba hidup balik..bermutasi sampai boleh terbang, hidup dalam air. Pastu paling teruk, bertukar pulak jadi jantan. Pastu dia gi rogol plak scientist pompuan yang dah cam mak dia.


eh eh..sebenarnya sampai part dia goda scientist lelaki tu, aku dah masuk bilik tido...sebab aku boleh agak apa jadi lepas tu dan aku tau aku tak akan suka part tu. So, ending dia aku tau hanya selepas aku google.


Pendek kata....weird giler. Adrien Brody berlakon jadi scientist lelaki tu.


Dalam cerita ni, yang sebenarnya dia nak menunjukkan yang manusia tu bodoh dan perempuan adalah evil. Giler bodoh punya cerita...grrrrrr........

Thursday, May 26, 2011

Tolong! Awek Aku Pontianak

Tarikh Tayangan 7.7.2011
Pengarah James Lee
Terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd
Pelakon Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faezah Elai, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri

Mempersembahkan filem ala-ala Twilight versi Malaysia……


Pernahkah anda menonton filem Pontianak Malaysia bercinta dengan manusia? Pernah tengok Pontianak yang tidak hisap darah dan tersangatlah baik? Haa…kali ni, Tayangan Unggul mempersembahkan sebuah filem komedi seram Tolong! Awek Aku Pontianak. Filem ini mengisahkan bagaimana seorang manusia boleh jatuh cinta kepada Pontianak.


Bob (Zahiril Adzim), orang kata dia loser tapi dia ni sangat baik, lurus bendul, naïf tapi sering dibuli oleh rakan sepejabat. Mempunyai rakan serumah bernama Pian (Sufian Mohamed). Bob sering bernasib malang bukan saja berkenaaan dengan kerja, kehidupan seharian malah sering gagal dalam percintaan.


Ina (Faezah Elai), inilah awek Bob. Kerja dia sales assistant je. Ina sanggup tinggalkan Bob dan pergi kepada lelaki yang lebih kaya kerana tak sanggup hidup dengan loser. Kesian Bob…


Faizal (Rashidi Ishak) teman sekerja Bob, dan juga anak bos tempat Bob bekerja. Dahlah tak pandai buat kerja, hanya pandai menggunakan kuasa sebagai anak bos. Sering mempergunakan Bob dalam urusan kerja. Kesian…Bob.


Suatu hari, Bob kenal dengan seorang wanita; Maya (Sazzy Falak), sangat cantik, comel dan baik hati. Bob mula terpikat pada Maya. Tapi Maya ni Pontianak, Bob tak tahu pun yang bakal awek dia ni Pontianak. Lagilah kesian kat Bob.


Maya tinggal bersama adiknya Liyana (Liyana Jasmay), cantiklah jugak. Tapi tak macam kakak dia, dia ni garang sikit dan sangat menjaga kakaknya. Aktif menjalankan aktiviti Pontianak disekitar kawasan perumahan dia.


Keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak; Nadia (Nurul Wahab). Datang dari Johor ke KL semata-mata nak cari Maya. Kehadiran Nadia banyak mengucar-kacirkan kehidupan Maya, Liyana dan Bob. Aduh…kesian betul kat Bob.


Bagaimanakah kesudahan filem ini, adakah kehidupan Bob yang loser akan bertukar menjadi lebih baik dengan kehadiran Pontianak ni? Atau menjadi bertambah loser? Sama-samalah kita nantikan di pawagam pada 7.7.2011 ini.

Tuesday, May 24, 2011

About Mia taking mid-term exam (dalam chicken pox belum baik)

Kesian Mia hari ni.


Sampai ke saat ni aku masih rasa sedih sangat terkenangkan hal tadi.


Kes lif tertutup tiba-tiba bila Mia nak masuk...terkena kepala dia sebelah kanan. Aduh...sedih terasa sampai sekarang. Melelehnya airmata Mia, tak semena-mena airmata aku pun meleleh sama.


Aku tau, airmata aku meleleh bukan sekadar sebab kes pintu lif tertutup. Tapi banyak benda yang meruntun hati aku kebelakangan ni.


Mia masih ada chicken pox. Walaupun semakin pulih, tapi masih ada yang baru nak keluar. Demam dah pulih, walaupun ada masanya badan dia masih hangat sikit-sikit especially bila malam.


Sedih hati aku sebab memikirkan aku lah pembawa virus chicken pox tu pada Mia. Sayu jugak melihatkan badan Mia yang penuh dengan bintik-bintik besar dan risau jika ia kekal sebagai parut. Harap-harapnya sebagai budak, senanglah parut tu nak hilang.


Setiap pagi dan malam aku bubuh ubat, sayu jugak hati aku bila melihatkan badan Mia yang makin kurus. Macam tu lah dia, bila sakit sikit selera makan terus terbantut. 3 hari kurang makan, terus badan kurus kering. Kesian....belum lagi tiba ramadhan dah macam ni. Apatah lagi bulan puasa nanti.


Dahlah dalam chicken pox belum baik, kena pulak ambik mid-term exam. Nasib exam tu boleh diambil Mia, dengan syarat dia duduk dalam kelas pengasingan. Tak kisahlah, janji report card dia tak kosong.


Mungkin ramai yang tak setuju dengan cara aku. Anak sakit pun nak suruh pergi exam. Tapi itu cara aku mendidik dia supaya dia tak manja dengan kesusahan. Aku tau aku banyak manjakan dia dengan perhatian. Tapi aku jugak nak dia sedar yang kalau dia tak sakit kuat, jika dia masih boleh berjalan dan berfikir..dia kena pentingkan pelajaran dia dulu. Ini yang mak aku ajar aku dulu dan aku tak pernah marahkan mak aku pasal tu malah aku berbangga. Dan aku harap Mia pun faham kenapa dan mengapa aku suruh jugak dia pergi exam.


Walaupun macam tu, aku tetap ada rasa kesian pada Mia. Rasa kesian sebab dalam tak berapa sihat tu dia masih tekun ulangkaji dibantu aku. Cuma bezanya, jika dalam keadaan biasa ulangkaji Mia dibuat lebih keras. Yang ini, bila saja dia kata dia letih...aku suruh saja dia berhenti tanpa banyak membebel. Tapi bila dia jawab soalan senang dengan cuai kena jugaklah pekikan gorgoyle dari aku. Kesian kan...kejam ek Umi si Mia ni.


Yang menambah kesedihan aku...ialah kes tanah runtuh kat Hulu Langat yang baru-baru ni berlaku. Hancur luluh setap kali aku baca kisah diaorang kat paper. Tak terkata rasa sedihnya aku. Setiap kali baca paper pasal tragedi tu, automatik airmata aku meleleh. Ujian maha hebat yang Allah turunkan untuk budak-budak tu dan keluarga mereka. Semoga semuanya dipermudahkan..dan dah tentu adalah hikmahnya kenapa semua tu terjadi.


Jadi itulah kisahnya kenapa hari ni aku asyik terbayang Mia masa kerja dan terkenangkan hal ber exam dalam chicken pox dia. Dahlah hari ni subject science dengan math. Apa saja keputusan yang dia dapat kali ni, aku redha jer lah.


P/S: Baru lepas call husband aku (hari ni turn dia tunggu Mia exam). Mia tengah main dengan budak yang sama kena pengasingan dengan dia....eh budak ni..main-main plak sambil jawab soalan periksa....nanti dia...

Thursday, May 19, 2011

Mia pulak kena chicken pox

Kesian Mia...dia pulak kena chicken pox...

(note) So, Mia kena chicken pox...umur dia 7 tahun 5 bulan...


Hopefully inilah yang pertama dah terakhir dia kena...nasib dia tak demam langsung...keluar dot chicken pox tiny tiny jer..after 2days benda tu pecah sendiri...moga tak berparut lah...


Shian anak Umi...itulah...orang dah cakap jgn edkat-dekat dengan Umi....tapi dia tak boleh tahan. Malam-malam dah suruh tidur bilik sendiri, tapi senyap-senyap pukul 3 pagi dia bukak bilik parent nya guna kunci...payah payah...


Moga cepat baik anak Umi....

Monday, May 16, 2011

Dah 3series baru nak kena chicken pox

FINALLY....FINALLY.....kembali jugak aku ke dunia nyata. 2 minggu lamanya aku berperang dengan chicken pox. Paling best, elok plak dia terkena time trip aku ke Kuching, Sarawak. Musnah percutianku...aku yang sibuk plan, tapi alih-alih mastermind terdampar kat rumah jer. Tido sepanjang hari.


Tak sangka, aku terkena chicken pox dalam umur sekarang. Dah tua bangka kata orang.


Aku dah start rasa macam tak sihat, malam sebelum berangkat ke Kuching. Hari pertama dan kedua aku kat Kuching aku on off demam. Makan ubat - sihat. Ubat dah habis - demam semula. Sepanjang hari.


Dalam masa yang sama aku dah perasan ada spot-spot merah kat muka dan badan. Tapi aku ingatkan tak ada apa-apa. Sebab dulu aku pernah kena macam tu. Dalam seminggu hilang macam tu jer.


Tapi hari pertama dan kedua tu sempat jugak kami berjalan ke waterfront, naik penambang. Lepas tu berjalan ke Sarawak Cultural Village dan pasar-pasar ikan sayur, sempat jugak pergi tengok kedai kek lapis Dayang Salhah tapi tengok jer dulu, testing...beli belum lagi.


Hari ketiga, muka aku dah naik banyak spot merah, badan pun. Pagi tu aku pergi klinik. Confirm Chicken Pox. Frust giler time tu tapi memang aku tak boleh nak fikir banyak sebab demam kuat. Jadinya, orang lain keluar berjalan..aku kena tinggal kat rumah. Tidur sepanjang hari.


Syukur jugak sebab kami duduk rumah kakak mak mertua aku. Jadinya selesa lah untuk aku yang tengah sakit ni. Sepupu-sepupu husband aku pun semua baik-baik sangat. Kak Fiza dengan Lina. Rajin bawak kami yang seramai 9 orang ni berjalan seharian (kecuali aku..sob sob).


Hari keempat, flight bertolak ke KL pukul 5 petang. Pagi tu diaorang berjalan lagi. Beli souvenir, kek lapis dan macam-macam lagi. Balik rumah, mak mertua aku dengan kakak dia garamkan ikan terubuk segar yang kami beli masa hari kedua. Dah tentu tak muat luggage semua tu, berkotak jugak barang yang kami bawak balik.


Aku pulak....berbungkus. Pakai shawl, tutup dahi, pakai spec. Nasib saja kami ni beramai. Kalau aku sorang, memang nampak suspicious. Kalau diaorang check aku betul-betul, jangan harap aku dapat naik flight. Tinggal lah aku kat Sarawak sampai baik...ko giler...


Duduk dalam flight, aku start menggigil sejuk. Dapat makan, minum pun tak nak berhenti gigil aku. Nasib bila turun flight, aku dapat control diri aku. Syukur semuanya selamat.


Esoknya, terus aku beli tiket bas balik Pekan. Lari jauh dari KL. Takut berjangkit dengan Mia. Dia nak exam dalam couple of weeks.


Bila sakit, mak jugak yang kita cari, kan? Mak aku lah yang jaga aku sepanjang kat Pekan. Dia lah yang sapu ubat seluruh badan. Dah macam baby semula dah aku. Sayang mak sangat sangat.


Cukup seminggu, aku balik KL semula. Tak tahan rindu Mia, rindu Ayah Mia. Rasa kosong tanpa mereka berdua ni.


Jadinya hari isnin aku dah start masuk kerja....dengan muka yang berparut sini-sana. Nasib nampak macam parut bekas jerawat jer. Ada juga kesan chicken pox yang baru nak baik. Harap-harap tak ada lah yang berjangkit dengan aku lepas ni. Amin.


Pengalaman aku kena chicken pox dah tua ni. Kesian kat diri sendiri pun ada...kelakar pun ada. Nasib kau lah badan....

Thursday, May 5, 2011

Susu baru untuk Mia

Susu these days dah jadi macam trend bagi premium gift with every purchase. I never buy milk just for the gift, however I do appreciate gift that are practical. I hate it when everytime beli milk for my daughter, the gift macam lousy giler. Especially yang kasi towel..errr…hello…..macam hadiah budak darjah satu kasi utk birthday kawan dia jer…(zaman aku kecik dulu lah..hehe..)

How I wish brands should give better gifts. Sejak dua menjak ni, Mia rajin jugak sakit-sakit and mungkin sekarang masanya untuk aku cuba susu yang baru untuk dia. Something that helped kid’s immune system…and I read from somewhere that Mamil Gold ada IMMUNOFORTIS. Paling best, bila aku beli…dapat pulak free lunch box! That’s what I called practical….perfect for Mia yang biasanya memang selalu bawak makanan dari rumah jer (kantin sekarang ni pun susah nak percaya dah..dah lah mahal ya amat).

Hari tu baru jer bos aku bercerita pasal anak dia yang selalu sakit-sakit. Pergi paed, paed bagi dia pre/probiotic. Rege untuk ubat tu saja cecah rm170...perghhh...Tengok tu, medical untuk budak sekarang ni pun dah lagi dahsyat dari dewasa.

Kawan aku cakap, dulu Mamil Gold kasi sweater as their promotion. Rugi pulak rasanya tak beli Mamil Gold dari dulu. Susu brand lain jarang yang kasi premium gifts best-best macam ni kan.

Sesungguhnya nak membesarkan Mia dulu banyak perkara yang aku kena ambil berat. Especially mencari susu untuk dia. Susu untuk premature baby lain dengan susu untuk normal baby. Selain daripada susah nak cari, susu untuk premature juga perlukan nutrien-nutrien yang berlainan daripada susu biasa. Sebelum discharged Mia from NICU dulu, doktor memang dah warned aku tentang senangnya baby premature macam Mia untuk dapat penyakit berjangkit kalau tak dijaga betul-betul. Dah tu kalau asyik sakit jer memanjang, macamana pulak budak tu nak belajar kan. Segala pembelajaran untuk tumbesaran dia pun terbantut.

Jadi, bayangkan macamana aku protective dengan Mia masa dia baru keluar hospital. Senangnya hidup aku kalau dulu Mamil Gold ni ada kan. SIGH.

p/s: hehe..pelik kan entry aku kali ni..aku pun xtau apa tak kena...maybe internet di luar kawasan KL ni mengalami demam campak..seperti aku...ada susu untuk pulihkan demam campak tak?