Tuesday, June 28, 2011

Ter 'minat'

DAMN! tak suka bila ada rasa suka kat orang ni...

Dah lah dia dah berpunya, aku pun sama...

Aku kenal tu bini dia...aduh....

Rasa bersalah ya amat nih....

*kalau laki aku baca ni, mampos kena pang skalik....

Tapi jangan risau...dah tentu tentu takkan ada hubungan terlarang antara kami...

Oh Malik Aziz, Seth dan Aaron Tan...I lap u...

kekekekeke....

Thursday, June 23, 2011

Kemenyampahan

Aku cukup menyampah bila kepala aku sakit sebab banyak menangis malam sebelumnya. Inilah masalah aku yang ISTP ni. Seboleh-bolehnya aku ignore jer semua rasa dan emosi aku. Tapi bila dia dah terlalu banyak berkumpul, jadi melimpah-limpah pulak emosi tu terkeluar tak tertahan dah. Keluar lah rupa aku yang buruk dan sikap aku yang dah tak cool langsung.


Semua benda mula menimbulkan emosi sensitif pada aku.


Kesian kat abah sebab itu bukan rezeki dia walaupun hakikatnya dia berhak. Tapi sebab dia baik, dia langsung tak nak timbulkan isu tu. Aku menangis sebab tu...sebab kesian kat abah aku....


Sedih sebab kena tindas dengan klik aku yang sorang ni. Setiap kali dia merendah-rendahkan aku dan menindas aku, aku diam dan senyum tak melawan. Sebab, aku kesian dengan dia..dahlah lagi tua daripada mak aku, perkahwinan tak bahagia sebab laki dia tinggalkan dia untuk perempuan lain. Pastu dah tua tapi kena kerja bermati-matian sebab anak dia dua orang belajar luar negeri. Jadi sebab kesian punya pasal, aku biarkan jer dia nak buat apa dia suka. Tapi semalam aku dah tak tahan menjeruk rasa. Hati aku tersentak, tak berjaya aku pujuk. Menangis jugak akhirnya.


Ditambah lagi dengan hal ini, hal itu, hal yang disana, hal yang disini. Semua aku kumpul, lengkap..lepas tu mengalir sekali, semua dengan airmata. Cuma syukur, aku ada suami yang sanggup mendengar walaupun dia masih amatur dalam menenangkan hati orang. Cukuplah ada dia yang tau aku suka digosok belakang bila aku stress.

Friday, June 17, 2011

OST Nora Elena Sesuatu yang Berbeza & Episod Akhir Nora Elena



Bila part romantik jer..ini lah lagu yang keluar....lagu kenangan lah ni kira....sob sob...

Nora Elena Part dlm Episod 24 Akhir (3)



part yvonne culik baby, seth bengang marah kl gangster, nora elena sikit lagi nak meroyan

oklah..3 part ni jer yg aku dapat..
part last aku tak puas ati...mcm nak cepat abes jer...

aku tengok part seth tan sujud syukur kat atas jalan dah lagi 3minit pukul 8..
dah buat hati aku risau..tak sempat lah nak tengok part romantik dahhh

bila tiba part romantik..ek eleh...ciput jer...keciwa hatiku...cam tak puas giler...

Bye-bye seth tan, nora elena..gonna miss you a lot...

Nora Elena - Part dlm Episod 24 Akhir (2)



part sesalan dan seth baca buku pasal pregnancy kat nora

Nora Elena - Part dlm Episod 24 Akhir (1)



Aku jumpa 3 part jer dalam you tube..terima aksih banyak2 lah pada siapa yang baik hati letak kat youtube tu..lebiu all...

time ni part seth paling comel...comel betul bila dia muka romantik

Thursday, June 16, 2011

Lorr....97 RON yang dikurengkan gitu

Lorrr...bageimana ini dong...dikiranya jika di kurengkan sebanyak sen sepuluh udah dikatakan membantu kami dong. Jika diturunkan itu 95 RON nya, mahu juga kami berterima kasih.


Tatapi, 97 RON yang dikurengkan itu, enggak rasa apa-apa gitu. Ramei mana kami yang menggunakan 97 RON? Rakyat yang kami ini yang ongkosnya nipis-nipis gitu yang patut dijaga dan dibelai. Bukan poket tebal pengguna 97 RON gitu....gitu yah ibu-ibu bapak-bapak...


Mari yuk...kita sama-sama nikmati goyal inul ini yuk! Hilangkan rasa panas gitu yuk!

para penonton bapak-bapak ibu-ibu semuanya
jangan heran kalo inul sedang goyang rada panas,
agak seksi maafkanlah

para penonton bapak-bapak ibu-ibu semua yang ada di sini
ada yang bilang dangdut tak goyang
bagai sayur tanpa garam
dari itu inul goyan
gagar semuanya senang

bagi yang kurang berkenan
melihat inul bergoyang
jangan marah, maafkanlah

para penonton
bapak-bapak ibu-ibu
semua yang ada di sini
goyang yuk

seribu satu macam problema
sejenak kita lupakan saja
lihatlah goyang inul

semoga terhibur, sayang
bagi yang sedang putus bercinta
jangan bersedih, jangan berduka
goyang inul obatnya

mari kita gembira, sayang
tapi janganlah lupa sambil kita berdoa
agar kita semua sehat sentosa

para penonton
bapak-bapak ibu-ibu
semua yang ada di sini
goyang lagi

Kenapa Gigi Ngilu?

Banyak jawapan yang aku dapat dari Google. Thank you Mr. Google...walaupun masih tak dapat menjawab persoalan aku.

Kenapa gigi rasa ngilu BILA;

1. Makan benda masam
2. Minum minuman sejuk
3. Dengar bunyi kapur yang ditarik panjang di papan hitam
4. Bunyi marker yang kehabisan dakwat di papan putih
5. Baca atau dengar berita atau cerita yang menyayat hati
6. Bila rasa rindu mencengkam dada (ini terjadi pada aku)



Pernah dengar tak, 'perasaannya digigit rasa ngilu' itu terjadi pada aku bila rasa rindu terlalu mencengkam dada. Selalu aku rasakan bila waktu aku bercinta dengan then-boyfriend aku (now-husband). Especially bila aku kena balik Pekan sebab cuti semester dan lama tak berjumpa. Sekarang, aku terasa ngilu tiba-tiba di ofis jika rindukan Mia. ermmm...husband aku..kadang-kadang lah. Wah...mementang dah dapat jadi laki kan..terus dah tak rindu mencengkam dada dah yer. Masih ada...masih...Contohnya hari ni, bukan sebab malam ni malam jumaat tapi sebab hari ni tetiba laki aku seromantik Seth Tan dan tetiba jugak mintak aku carikan DVD Ketika Cinta Bertasbih sebab dia nak layan berdua dengan aku..katanya (hari tu layan filem hindustan Mann).




Masalahnya kenapa rasa ngilu hati tu merebak sehingga ke gigi? Dimana kaitan nya? Saraf kah? Apa kah?

Jawapan yang aku dapat bagi kebanyakan persoalan di atas ialah;

1. Gigi berlubang
2. Gigi sensitif
3. Karies gigi
4. Tampalan tak sempurna
5. Selalu buat bleaching
6. Gosok gigi kuat sangat (pakai Systema..serius best)

Semua tu diterangkan secara saintifiknya oleh doktor gigi. Tapi apa jawapan bagi ngilu hati, ngilu bila rindu atau ngilu bila ngeri? Apa dia?

P/S: Ada jugak aku baca pasal zakar atau kemaluan pun boleh jadi ngilu. Aku rasa orang tu silap guna perkataan. Itu bukan ngilu tapi senak rasanya.

OMG, semakin aku baca pasal ngilu semakin pening kepala aku.

Masih tak dapat menjawab persoalan aku.

Wednesday, June 15, 2011

Nora Elena habis, kita tengok Stanza Cinta pulak yer




APA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....Nora Elena dah nak habes..................OMG.........(BTW, khamis ni habis yer).



Berakhirlah ke 'excited' an aku nak tercatuk depan TV tepat jam 7 p.m.



Ahah....tapi...Seth Tan ada drama baru kan..dia berlakon dengan pelakon baru tu kan..sape nama...errr....Nur Fathia..........drama Stanza Cinta, start 19 Jun ni pukul 9 malam kat TV3. Adaptasi daripada novel gak tu tau.



Jumaat ni nak pergi tengok KL Gangster dengan gang aku (kalau takder aral melintang ler).



Penangan Nora Elena. Daripada sebelum ni tak nampak Aaron Aziz, terus jatuh minat. Siti Saleha pun sama...tak sabar nak tunggu kemunculan dia dalam drama atau filem lain.



Aaron, Siti Saleha...say thanks to Nora Elena production cepattttt...u got urselve a new admirer.




P/S: Stanza Cinta pasal kisah cinta 3 segi antara watak Nur Fathia, Aaron Aziz dengan Fizz Fairuz.

Tuesday, June 14, 2011

An Education

Synopsis:


In the early 1960's, sixteen year old Jenny Mellor lives with her parents in the London suburb of Twickenham. On her father's wishes, everything that Jenny does is in the sole pursuit of being accepted into Oxford, as he wants her to have a better life than he. Jenny is bright, pretty, hard working but also naturally gifted. The only problems her father may perceive in her life is her issue with learning Latin, and her dating a boy named Graham, who is nice but socially awkward. Jenny's life changes after she meets David Goldman, a man over twice her age. David goes out of his way to show Jenny and her family that his interest in her is not improper and that he wants solely to expose her to cultural activities which she enjoys. Jenny quickly gets accustomed to the life to which David and his constant companions, Danny and Helen, have shown her, and Jenny and David's relationship does move into becoming a romantic one.


This is actually a memoir of one British journalist, Lynn Barber. Kisah dia yang terperangkap dalam hubungan cinta dia dengan seorang lelaki yang lebih dewasa dan paling teruk lelaki yang dah kahwin. Sampaikan, nyaris saja memusnahkan masa depan dia. Lagi teruk, sebab mak dan ayah dia yang selama ni strict, tiba-tiba jadi lembut dan setuju dengan segala apa yang lelaki tu cakapkan.


Kisah ni macam biasa dengar. Sebabnya, dalam dunia sekarang pun benda ni ada berlaku. Banyak.


Satu yang paling aku terkesan dengan filem ni sebab dia telah mengusik satu perasaan lama yang pernah aku ada. Sungguh-sungguh aku terasa. Tak ada persamaan dengan kisah hidup aku tapi ada part-part dalam filem ni yang aku faham emosinya. Yang aku tau jelas seperti aku ialah Jenny dan Jenny ialah aku.


Filem yang sangat segar dan pada aku juga, tajuk an education yang diberikan untuk filem ni turut merujuk pada pelajaran hidup yang watak Jenny perolehi daripada permainan cinta pertamanya itu. Aku suka dengan lakonan Carey Mulligan dalam filem ni. Dia nampak sangat cantik dan aku rasa dia sangat berbakat. Aku yakin dia akan jadi setaraf dengan A-list actress yang lain di Hollywood tak lama lagi.


Jangan lupa, tonton di HBO bulan ini.

Monday, June 13, 2011

5-year-old Suri's $150,000 shoe collection

Note: Mak aiii...cute ya amat lah anak si Tom ngan Katie ni..dah lah cute pastu kaya plak tu. Shoe collection tak hagak-hagak...Loboutin ngan Marc Jacobs tu.....orang lain baru reti eja Hush Puppies ko dah reti eja Christian Loboutin dah yer...bertuah badannnnn...


Imagine owning a shoe collection worth about $150,000 (RM456, 212). Now imagine the owner being a kid.


Yes, the lucky owner of the collection is none other than Suri Cruise, the five-year-old daughter of Hollywood A-listers Tom Cruise and Katie Holmes.


Among her collection is a pair of custom-made heels designed by French footwear guru Christian Louboutin. As many has noted, the little cutie has a penchant for heels – yes, you heard that right – so Mummy dearest specially hired Louboutin to tailor-made a pair for her.


That’s not the only designer footwear she owns apparently. Little Suri has reportedly developed a liking to pieces by Marc Jacobs, according to Celebuzz!.


We believe we are not the only ones who doubt that the collection would stop at a worth value of $150, 000 – not when you have Hollywood’s most bankable stars as your parents.


Source: Celebuzz! Daily Chilli

Friday, June 10, 2011

Nora Elena - part dlm Episod 20



Tak dapek lah kita nak tengok episod by episod kat you tube lagi lah yer kengkawan. Grand Brilliance dah tau....dah kantoikan kita dah...dapek yang part part camni jer lah eh...janjilah asal ado...


Komen sket: Kerempeng parang sekempot betullah watak yvonne. Dahlah gedik nak mampos tak pernah aku jumpa dalam cerita pastu jahat plak tu eh. Yang si Seth gi percaya..'youre my best fren yvonne' (baca dlm nada mengejek)...bengong seth..padan muka nora dah tau hang rogol dia...


Yer..aku tau ni cerita...tapi saja aku suka-suka nak emo...tak yah nak perli-perli, 'ek eleh, dengan drama melayu pun nak emo' sekurang2nya aku ikut emo dgn cerita melayu bukan cerita indon. Lagipun, sape yang tak suka kitaorg kecoh dengan drama ni...gi lah cari isu lain...contohnya isu minyak naik ker, isu Osama dah mati ker, isu sex video Anwar ker...okeh!

Lagi kisah keji pedofile

Pagi semalam dalam kereta semasa nak hantar Mia, sekali lagi kami melalui satu perbincangan serius tentang kehidupan. Semuanya bermula pasal kisah ini: Buat onar dalam tandas.


Budak 8 tahun, sekejap jer abang iparnya tinggal dalam toilet...dalam toilet sekolah ok. Terus kena ngap dengan lelaki durjana. Memang kalau aku maknya, aku tikam-tikam siat-siat kulit jantan tu.


Tengah drive, aku terfikir macamana lah aku nak hantar Mia pergi mengaji ni. Mula-mula ingat aku hantar, tapi balik nanti macamana pulak. Takkan nak suruh dia balik sendiri. Takut aku...susah susah susah susah..risau risau risau risau. Terkuat pulak aku berfikir sampaikan Mia tanya kenapa.


Tiba-tiba aku bercerita dengan Mia pasal berita yang aku baca tu.


'Sayang tau tak, hari tu kan Umi baca dalam newspaper pasal budak umur 8 tahun macam Aqilah tau. Dia pergi toilet kan, tiba-tiba ada sorang lelaki jahat kan dia buat benda tak baik dengan budak tu, benda yang sangat sangat tak baik. Kesian budak tu, dia kecik lagi..macam Aqilah'


'Sayang jaga diri baik-baik tau. Kalau ada orang tak kenal sentuh, cepat-cepat lari dan jerit kuat-kuat. Even kalau orang tu Aqilah kenal pun, kalau dia nak pegang pepet Aqilah, jangan bagi..jerit jer kuat-kuat. Umi jer boleh pegang tau'


Mia sengih tapi dia jawab 'OK, Umi'


Lepas tu lama aku terdiam. Tiba-tiba rasa sebak. Bila aku nak sambung lagi suara aku dah start sebak sambil airmata pun meleleh 'Kesian budak tu, orang tu jahat sangat'.


Mia terus pegang, gosok-gosok tangan aku sambil cakap..'sabar yer umi'


Aku pandang Mia lama...aduhai sayang..kalaulah kamu faham tentang musnahnya jiwa budak sebaya kamu tu. Betapa hancur luluh hati keluarga terdekat dia dan betapa hancurnya masa depan dia jika tak ada yang boleh membantu dia.


Kejam betul...terlalu kejam....memang layak dibunuh saja lelaki keji macam tu.....

Thursday, June 9, 2011

About Mia and Abuya

Tak...Mia bukan kena dera kat sini. Ini sebenarnya satu pemandangan biasa kalau Mia bertemu dengan Abuya dia. Nama dah sedap dah Abuya kan tapi dia bukannya jelmaan Ketua Al-Arqam dulu yer. Panggilan Abuya tu sebenarnya secara tak sengaja atau lebih kepada ciptaan aku sebenarnya. Adik aku yang nombor dua ni nicknamenya di rumah orang panggil Tiar. Tapi bila adik kami Haikal panggil dia..lama-lama jadi Abiya. Singkatan daripada Abang Tiar. Jadinya aku cakap dengan dia, kalau aku ada anak, anak aku akan panggil dia Abuya. Lagipun panggilan Abuya kan bermakna Ayah jadinya tak salah lah aku rasa. Sebab kalau bukan panggilan Abuya, dia akan dipanggil Ayah Ya..so lebih kurang lah tu.




Abuya Mia ni memang tersangatlah kuat menyakat. Tak kiralah siapa-siapa pun semua jadi mangsa sakatan dia. Aku dah jenuh kena masa kecik, siap berkuntau naik kaki tangan. Dah kawin ni, bini dia pulak lah jadi mangsa. Anak buahnya Mia lah sorang. Bila tanya Mia, sayang tak dengan Abuya? Dia cepat-cepat cakap tak sayang sebab Abuya kuat menyakat. Tapi bila setiap kali Abuya datang rumah, dari jauh lagi dia dah excited menunggu, nak ajak berlawan.




Gambar kat atas tu, masa diaorang bersiar-siar ke laut naik bot abah. Bersiar yer, bukan memancing sebabnya lebih kurang 4 jam jer perginya. Ikan pun kurang hari tu.


Muka kecewa tapi sabar laki aku yang tak dapat ikan


Masa ni first time jugak diaorang bawak Pak Cu naik ikut bot.



Aku paling suka gambar ni. Abah aku ni otai laut. Bawak motobot pun pakai kaki jer. Menurun pulak skill tu kat cucunya Si Mia. Mia pun dah pandai bawak motobot abah aku guna kaki. Alah...bukan susah bawak motobot. Pendek kata kalau budak 8 tahun pun boleh bawak, korang semua apatah lagi. Silap-silap boleh bawak bot guna gigi.

Yuna - Gelora Jiwa-reborn




Baru lepas tujukan lagu ni untuk my husband kat FB. Jiwa Gelora tak semestinya disampaikan dengan aksi seorang pelacur jer untuk suami. Pelacur tak dapat berikan romantik dan aksi mereka bukan kerana cinta. Jadi, perlukah disamakan lagi?


Apapun, lagu ni memang best sangat. Walaupun dulu masa aku dengar P. Ramlee & Lena Abdullah nyanyi lagu ni dalam filem Anjoran Nasib, aku mesti macam..apa ker teruk sangat lagu ni. Lirik meraban, tapi melody catchy. Kenapa aku cakap meraban..sebab dia nak semat cinta dalam 'dada'. Time tu aku kecik, jadi aku rasa, eh mana boleh semat benda dekat dada..sakitlah nanti. Macam time pin lencana sekolah tercucuk masa nak semat kat dada tu kan...sakit giler okeh!


Tapi dah besar ni, dan bila Yuna nyanyi semula lagu ni..aku rasa setiap bait lirik tu dah sempurna..I like...


Cinta apakah tandanya
jika engkau hanya
permudah kata saja


hati tak akan berguna
jika sang asmara
tidak meresap ke dalam jiwa


rindu itulah tandanya
aku kasihmu aduhai asmara


cinta oh cinta yang ternyata
hanya dapat kusematkan
dalam dadaku yang remaja


gelora di dalam jiwaku
bergetar merayukan sukma
menyanyi lagu cinta hati
tandaku nan membalas cintamu
yang tidak mudah hilang
dari kenanganku


rindu itulah tandanya
aku kasihmu aduhai asmara
cinta oh cinta yang ternyata
hanya dapat kusematkan
dalam dadaku yang remaja

Wednesday, June 8, 2011

Doktor, Perempuan dan Pelacur

Aku memang biasa terlambat bincang isu penting. Bukan aku tak 'up to date' macam orang lain (eceh eceh nak menang jugak) tapi selalunya kalau aku terlalu kecewa dengan isu-isu tertentu, aku akan terdiam. Manalah tau kan...kot kot statement bodoh yang mereka-mereka keluarkan tu, mereka nak tarik balik ker. Mungkin kasi alasan..time saya cakap macam tu saya sebenarnya alpa, ego dan tak sedar diri. Contohnya macam Gambit Saifullah kan..dia dah mintak maaf jadinya tak perlulah aku komen kot. Walaupun bila aku tengok muka dia dan penyataan maaf dia, masih lagi ada unsur-unsur untuk menyatakan yang dia buat tu tak salah sebenarnya. Whatever lah Gambit...


Tapi ada satu lagi isu yang aku rasa kena jugak mengomen. Isu pasal seorang doktor perempuan yang bijak pandai kata kalau tak nak suami curang, isteri kena lah patuh dan melayan suami bak pelacur kelas pertama. WOW! Bijaknya saranan tu. Saya kagum!


Kalau tak silap dari pembacaan aku jugak, dia kata suami yang curang dan memukul isteri ni katanya sebab isteri tak pandai melayan, berkasar dan tak menghormati suami. Aduh...dewa sungguh sang suami yer. Sampaikan tak ada langsung letak satu silap pun atas tangan si lelaki.


Rendah sungguh aku rasa maruah perempuan bila diperkatakan begitu. Lagi rendah rasanya bila kaum perempuan sendiri yang keluarkan idea-idea hebat seperti tu. Serta merta aku dapat bayangkan Dr Rohaya dalam pakaian kinky pelacur kelas pertama dan buat pole dancing sambil biliknya dipenuhi cermin bersaiz besar di seluruh bilik dan juga di atas siling...Wow...hebat! Tahniah Dr. Rohaya.


Masalahnya, aku yakin ramai juga perempuan diluar sana yang tau menghargai sex dan memberi layanan yang hebat kepada suaminya tetapi ada juga suami yang masih buat perangai. Jadi, dimana salahnya tu? Sebab perempuan tu terlalu menjaga dan terlalu memberi dan terlalu memuja?


Sumpah aku kesal dengan penyataan bodoh tu.


Kami isteri, mahu diri kami disayangi tapi yang paling penting turut dihormati. Kami ibu kepada anak-anak suami kami. Kami perempuan bukan betina dan jauh sekali pelacur.

Tuesday, June 7, 2011

Menate Steakhouse..again

Dulu aku pernah datang sini, special treatment to Redmummy and GBM courtesy of Ezman the owner of Menate Steakhouse (klik to read).

Sekali lagi, aku ke sini dan kali ni dengan husband aku yang mengidam nak makan tenderloin. Semuanya sebab Asian Food Channel punya show tunjuk cerita pasal tenderloin.


Malangnya sesampainya ke Menate Steak House ni, tenderloin wagyu sudah yillek...cuma tinggal tenderloin grain fed saja. Jadinya terpaksalah cik suami tukar selera kepada yang dibawah ni;

Wagyu Rib Eye Steak, medium rare..


Siap tak habis pun sebab semua makanan orang lain pun dia nak rasa. Tengok ajer pinggan adik ipar aku kat bawah ni;

Lamb Loin


3 pieces okeh...mengah nak tolong menghabiskan portion adik ipar aku ni. Aku ambik satu piece, 2 pieces lagi diaorang berdua yang pakat abeskan.

Ini pulak aku punya food. Beef Aglio Olio. Terbaik dari ladang, cuma mungkin olive oil dia terlebih sikit. Tapi rasanya, marvelous...
Mia pulak asyik dengan PSP dia sampaikan tak kisah orang ambikkan apa untuk dia. Aku risau jugak tak ada apa yang kena dengan selera dia. Sebab selera Mia ni tak besar cam mak ayah dia. Nasib ada satu menu baru yang aku rasa dulu aku tak perasan pun ada dalam list menu. Plain Bolognese. Perfect for my daughter. Habis Mia bedal...



Dulu datang sini, kami makan free kan..(dah kata pun courtesy from the owner time tu, win-win situation). But this time, kami datang bayar sendiri. As you can see the amount paid for 4 dishes above was RM 180.90. Wagyu beef tu lah yang agak mahal tapi kami dapat 30% discount. Yang lain tu standard lah harganya. Oh sebelum terlupa, just like last time. Drinks adalah free and free flow...so tak kira dalam bill. Oh, cuma satu jer komen aku..cappucino dia dah dua kali aku try, dedua kali bukan cappucino yang keluar...ianya adalah black coffee..pls tanya dulu before u tekan for cappucino or espresso.


Go and give it a try. Ramai tau customer dia...


Alamat:
Menate Butcher Shop / Steak House
No, 16 Jalan Kolam Air Lama Satu
68000 Ampang Jaya
Selangor(Area shop lots sebelah SPCA, Ampang)

Monday, June 6, 2011

Bring ur girl friends to #AspenSpa and enjoy a full Swiss treatment! This is sure to turn back time. #MilkADeal

Bring ur girl friends to #AspenSpa and enjoy a full Swiss treatment! This is sure to turn back time. #MilkADeal

8 years and counting

Pejam celik pejam celik dah 8 tahun usia perkahwinan aku. Aku masih lagi rasa bahagia seperti hari pertama kami bernikah dan masih lagi rindu untuk bertemu setiap hari. Paling indah bila Mia Aqilah menjadi pelengkap kehidupan kami. Syukur kepada Allah....

Friday, June 3, 2011

Demam Seth Tan



Demam Nora Elena dan Seth Tan melanda Malaysia. Tapi aku rasa demam yang sebenar-benarnya ialah Demam Seth Tan.


Gambaran watak Seth Tan sebagai seorang lelaki yang sangat dan amat romantik. Ditambah dengan rasa cinta dia kepada isterinya. Kesabaran dia melayan kerenah isterinya yang belum sepenuhnya dapat menerima dirinya memang amat menyentuh hati kebanyakan peminat drama Nora Elena. Walaupun pada aku, sikapnya itu turut didorong rasa bersalah atas apa yang pernah dia lakukan pada Nora Elena dulu.


Mesti ramai yang sedang angau, sedang kemaruk dengan Seth Tan. Lelaki sempurna pada ramai wanita diluar sana. Siapa yang tak tertarik pada lelaki yang hensem, bergaya, kaya, romantik, setia, sabar, nakal, sexy dan charming macam Seth Tan. Tapi hakikatnya, itu hanyalah di dalam cerita.


Sesungguhnya, bukan mudah untuk kita betul betul dan betul betul dapat cari lelaki yang serupa itu. Malah Aaron Aziz yang melakonkan watak Seth Tan tu pun aku rasa tak sepenuhnya memenuhi kriteria yang ada pada Seth Tan. Mungkin bab hensem, bergaya dan charming tu mungkin ada. Tapi selebihnya, dia hanya melakonkan watak. Tapi tak dinafikan, populariti Aaron Aziz dijamin mencanak-canak selepas ni, Siti Saleha juga tak dilupakan.


Nora Elena digambarkan sebagai seorang perempuan yang sangat cantik dan etc etc etc...dan rasanya ramai lelaki pun tergila-gilakan watak Nora Elena atau mungkin Siti Saleha sendiri (bab adakalanya dia berkasar dengan suami boleh tolak tepi dulu kan?!..wink wink).


Aku, tak terkecuali turut ikut sekali dengan demam Seth Tan yang melanda. Seingat aku, dah lama aku tak berangan macam ni. Mungkin last sekali masa aku 17 tahun dulu. Waktu aku kemaruk dengan novel melayu dan english. Tapi sejak habis SPM, aku kembali pada kenyataan.


Tidak ada lelaki yang sempurna seperti dalam novel atau drama. Jika ada lelaki yang terlalu caring dengan kita, mungkin kita akan rasa dia membosankan atau terlalu mengongkong (mungkin jugak sebab dia tak hensem). Jika ada yang charming, tapi mungkin jugak dia jenis yang tak setia atau tak kaya. Bermacam-macam jenis yang aku kenal selama ni.


Tapi akhirnya aku menemui bahagia aku dengan lelaki yang tak lah sehensem Seth, yang tak sekaya dan tak se'charming' Seth. Tapi cukuplah ada 2 dan 3 dalam senarai kesempurnaan Seth yang ada. Cukuplah bagi aku...dan Seth Tan..kamu akan kekal sebagai hidup di dalam imaginasiku dan satu penceritaan yang cukup sempurna di dalam sebuah cerita.

Nora Elena Episode 16 - Part 6, 7 & 8



part 7 - http://www.youtube.com/watch?v=PCKrsHNbDPs

part 8 - http://www.youtube.com/watch?v=BjRH459rjwQ

Nora Elena Episode 16 - Part 5


part paling best kan...ahahaha....macamana lah boleh terlepas episod yang ini...nasib ada youtube...I love you you tube...but I love Nora Elena and Seth Tan moreeeeeee

Thursday, June 2, 2011

'Angkara Binatang' apa plak, ni lagi teruk dari binatang

Baca kan pasal kes bayi kena buang dari tingkat 5 flat tu? Kalau belum baca, klik sini.


Sadis, Melampau, Gila, Kejam, Bodoh, Bangang dan memang aku rasa nak lempang-lempang dan pijak-pijak perut orang yang buang baby tu. Lepas tu simbah minyak tanah bakar hidup-hidup.


Aku kejam gak ek....kejam aku dalam imaginasi jer. Tak sanggup aku nak buat.


Bagitau aku, sape yang hati dia kental sungguh nak buang baby kecik yang tak berdaya dan tak berdosa tu? Korang cuba bayangkan....kita ni..tersalah lipat tangan baby masa dukung pun dah rasa bersalah ya amat. Pastu ada pulak manusia yang memang hilang akal dan dikuasai rasa......rasa apa ntah yang merasuk dia (rasa bangang agaknya). Buang baby tu dari atas tingkat 5 sebuah flat...kelepek jatuh kat bawah jalan tar tu. Heyyyyyy....mana hilangnya peri kemanusiaan korang ha...dah umpamanya tahap korang lagi teruk dari binatang dah...Cuba ko yang terjun dari tingkat 5 kepala dulu...tengok ada berani tak...


Bodoh bahlul piang......eeeiiiiiiii.....bangangggg...


p/s: Apologize for my choice of words...but I believe that there are not enough profane words in the world that can describe such a monstrous behaviour.