Wednesday, July 20, 2011

IMMUNOFORCE dalam susu

As a mom, sometimes we tend to be over protective, no?! So worried about the kid’s possibilities of being exposed to bacteria. Padahal, without our knowledge being too protective sometimes will lead to another problem. Anak-anak tak dapat pendedahan yang sewajarnya, kemahiran sosial terbantut dan kadangkala lebih sakit lagi daripada budak yang selalu terdedah kepada persekitaran. Betul tak apa yang aku cakap ni?



Aku rasa, as a parent aku lebih diplomasi dengan anak pasal apa yang dia boleh main dan dimana dia boleh main. Kotor sikit aku tak kisah, main pasir pun aku tak kisah. Tapi, not my husband, he's the protective one. Semua pun tak boleh, kalau main basikal, anak jatuh...terus dia suruh masuk rumah padahal itulah jalan terbaik untuk dia belajar. Jadinya, sampai sekarang anak dia tak reti lagi bawah basikal...ishkishkishk



Kalau balik ke Pekan, Mia memang aku lepaskan main kat luar rumah. Cuma mungkin kalau hujan, baru aku panggil dia masuk. Tapi anak orang sebelah...aku tengok bukanmain seronok berlari dalam hujan, main dengan lecak. Mia pun ternganga tengok...hahaha..dia tak tau..dulu mak dia macam tu lah rupanya.



Last week, aku diberi kesempatan untuk menghadiri pelancaran the new improved Mamil Gold, Mamil Mama formula as well as promoting their new look. The new improve formula is the increment of IMMUNOFORCE which was scientifically proven to help maintain a good gut environment for the baby and children (which is essential for good immune system). Sounds too good to be true huh?! But this is real and this statement has been supported by a Nutritionist from Danone Dumex, Ms Ng Pui Kunn. We managed to get a lot of information about the new improved formula and also to understand why it is important to balance your child's nutrition in her daily food intake.




Ms Toni Brendish, the Managing Director of Danone Dumex Sdn Bhd said that it has been 15 years for them to study on child nutrition and immunity. Penyelidikan ini aku rasakan sangat sesuai sekali sebab kepentingan semua tu untuk tumbesaran kanak-kanak. Nutrisi dan imuniti ni lah yang sebenarnya menyokong tumbesaran fizikal dan mental anak kita.


Mamil Gold juga telah mempatenkan IMMUNOFORCE dimana ianya adalah makanan penting untuk pembiakan bakteria baik di dalam perut. Yang aku rasa menjadi asas yang terbaik untuk membina pertahanan badan yang sihat. Lagi satu, Mamil Gold Step 3 dan 4 varian regular tak mengandungi sukrose langsung manakala varian madunya menggunakan pati madu. Untuk setiap serving tu madu yang ada pun hanyalah setakat setengah sudu kecil sahaja dan jauhhhhhh daripada kandungan gula yang ditetapkan oleh WHO. Jadinya, parent tak perlu lagi risau tentang pengambilan gula yang berlebihan dengan pengambilan susu Mamil Gold ni kan.

Aku suka pergi event yang macam ni, sebab selalu boleh dapat info baru pasal perkara-perkara penting tentang pertumbuhan anak. Selalunya setiap info yang aku dapat ni, aku mesti share dengan kawan-kawan aku setiap kali isu pasal susu dibangkitkan. Biasalah mak-mak kan, tak sah kalau tak cerita pasal anak.



Ini antara kawan baru yang aku jumpa di event tu. Jie, Mimi dan juga Ann from Nuffnang.




Antara info-info penting yang menarik perhatian aku;



i) Do you know that a child can get sick 8 times a year? Kalau aku tau ni, tak ada lah aku risau sepanjang masa masa Mia kecik dulu




ii) Do you know that 70% of the body immune cells are in the GUT? Itu sebab Mamil Gold ni sangat mementingkan pasal immune system dan buat penyelidikan pasal macamana nak bantu kita jaga perut dan usus anak kita.




Good info huh!


Our favourite photo of Mia

Favourite pic aku dan ayahnya

Monday, July 18, 2011

Tak jumpa ubat flu yang tak mengantuk tadi. Yang tinggal hanya yang untuk makan time malam jer. Tapi degil, nak jugak makan. Mula lah drowsy...padan muka...sape yang susah....ko jugakkkkk...


ngantukkkkkkkkkkkk......zzzzzzzzzzzz...ngantukkkkkkk.............arghhhhhhh

Thursday, July 14, 2011

To be or not to be that is the question

Probably one of the most favourite quote from Shakespeare (Hamlet to be exact). Which means life is bad, but death might be worse.


My true sentiment towards the Bersih 2.0.


A question we should asked ourselves. Adakah kita rela mengorbankan nyawa demi memperjuangkan fahaman politik yang berbeza?


Aku tau politik itu kotor dan ramai lagi yang tau. Tapi bersihkah ia jika dipegang oleh yang berlainan aliran? Sesuatu yang aku rasa sangat mustahil. Kerana, mereka juga bermain permainan kotor ini.


Kotor sangat kah pilihanraya yang lepas? Tapi bagaimana pula ada yang berjaya memperolehi beberapa negeri? Antara negeri yang kaya pulak tu. Jadinya, apa yang kamu gegarkan sangat ni, sehingga beria-ia merancang tunjuk perasaan?


Nasib cuma ada satu kematian yang tak disengajakan. Itupun belum cukup. Aku tau ada yang mengharapkan berlaku banyak kematian. Dangkalnya pemikiran.


Bersediakah kamu jika yang mati itu orang yang tersayang? Atau mungkin kamu sendiri, meninggalkan pula orang yang kamu sayang?


Kita, bukannya hidup dalam kepayahan. Mungkin tak sehebat Singapura atau Hong Kong. Tapi kita masih aman dan tenang. Masih mampu hidup senang walaupun sederhana.


Sesetengah orang bila bercakap....tak ada yang baiknya Malaysia ni. Buruk sesaja.


Tak pernah buruknya negara luar. Baik sesaja.


Iyerlah tu.....sedih ek dok dlm negara ni...kesian kita kan....

Wednesday, July 13, 2011

Happy Birthday Nenek from Mia

Mia sangat suka buat kad. Tak kira lah apa material yang ada. Sejak dia pandai menulis, aku memang selalu bekalkan dia dengan kertas yang sedikit keras atau sketch book. Setiap masa dia akan curahkan apa yang dia suka atas kertas tu. Kadang-kadang lukisan taman bunga, rumah dia atau bangunan disekeliling dia. Mia seorang budak yang sangat detail sebenarnya. Dia sangat attentive kepada perkara disekeliling dia dan atas sebab tu dia sangat mudah dikuasai emosi. I would say that she is a very sensitive child. Itulah kekuatan dia dan itu juga kelemahan dia. Si manja aku Mia Aqilah.


Bday neneknya semalam (my mother in law) dan disebabkan tak sempat nak mintak aku belikan special paper for card, dia segera cari buku dia yang kosong. Tarik tengah dan wallah...a special card just for her grandmother.

Nenek sememangnya special dalam hati Mia. Ada 3 orang jer yang dapat 100% love from Mia (kalau tanya dia). Aku, Nenek KL dan Wan Pekan (my mother). Lagipun nenek lah yang menjaga Mia sejak dari lahir bilamana aku bekerja. Umi pun sayang nenek....hehehe...mmuammuah...Mia is such a grateful little girl. Setiap sesiapa yang memberikan kasih sayang pada dia, dia sangat akan menunjukkan appreciation. Syukur Alhamdulillah and thank you God for giving me such a wonderful daughter.

*Not sure if you can read the writing. BTW, she wrote;


Terima kasih nenek sebab jaga Aqilah.

Aqilah sayang nenek. nenek sayang jugakan.

Selama in nenek jaga Aqilah dengan kasih sayang.

Oh Aqill pun sayang nenek dan terima kasih sebab jaga Aqill selama in

nenek jaga Aqill dengan kasih sayang

Aqilah dan Aqill tidak akan pula jasa nenek


*pardon the spelling..haha..btw..Aqill tu cousin Mia yang baru setahun. Tak faham pun pasal kad kad ni...

About 'the aircond' again

O GOD...hopefully this will be the last time we faced any problem with our car aircond. Letih...sangat sangat tiring. Tired memikirkan, tired berpanas dalam kereta dan tired mengeluarkan isi dari poket.


Tapi nampaknya kali ni memang terasa perbezaaan yang sangat besar untuk pembaikan yang kali ni...thanks to Bengkel Reliance, Cheras. Setakat ni puas hati sebab kesejukan nya hampir menyentuh tulang bila kami pulas sampai max (just for testing).


RM800 semuanya. Aku rasa dah hampir 3ribu yang kami keluarkan untuk aircond kereta ni. Dahlah tayar pun baru tukar. Mula-mula tukar 2 tayar belakang, sebulan kemudian tayar depan pulak buat hal. Satu tayar saja dah cecah rm260...phewww...itulah kisahnya untuk maintained sebuah kereta.


Kali ni, aircond tu rupanya kehilangan filter. Patutlah bau yang keluar dari angin aircond pun sangat tak menyenangkan. Siapa yang buat filter aku hilang ni? Aku rasa last aku servis aircond ialah di Honda Service Centre, Global Amity Seri Kembangan. I must say, you have done a really bad job servicing my aircond. Thought, bila hantar kat pakar Honda semuanya akan jadi lebih sempurna. Yup, if i think back, all these problem started right after I send my car to your centre and I learnt my lesson. Dont easily trust honda specialist centre. My advice - When it comes to aircond or tyre please go and find the real specialist for each problem.


Maybe, its time to change our family car walau aku masih sangat sayangkan full leather CRV ni.

Monday, July 11, 2011

DEWA by Ning Baizura

Am listening to Dewa by Ning Baizura right now. Rasanya ada nak dekat 100 kali ulang-ulang (sampai berdarah telinga colleague aku gamaknya). Tapi sampai sekarang aku masih xtau beza lagu SAMPAI dan lagu BILA. Memang sangat-sangat similar.


Hmmm... tak tau lagu mana satu aku paling suka. Semua pun best.


Sabtu lepas masa semua orang sibuk dengan BERSIH 2.0 aku, Redmummy dengan beberapa blogger dan peminat Ning Baizura diberi kesempatan menghadiri showcase dan pelancaran album DEWA. Satu penantian 7 tahun yang mendewasakan album ini sepertimana penyanyinya.

Showcase yang sangat intimate aku rasa. Ning betul-betul mendekati peminatnya dan media. Walaupun tak terlalu ramai, tapi cukup meriah dan sempoi. HappeNing masih.


Ada 8 lagu dalam album Ning Baizura kali ni. RAKSASA (betul ker ejaan nya, bukan rasaksa?) yang sangat best liriknya, SAMPAI tentang kehilangan cinta, MAMA PAPA yang tengah popular di stesen-stesen radio, BILA - adik kepada 'SAMPAI'' yang aku masih tak faham motifnya kenapa ada dua lagu yang serupa dalam satu album dan aku tak nampak kesinambungan mahupun sambungan penceritaan, kerana ia masih dalam satu cerita yang sama.


PENCARIAN cerita tentang pencarian jodoh yang tak sampai-sampai, PROPAGANDA ermm..aku rasa ini lebih peribadi pada Ning..ada dia tujukan lagu tu untuk seseorang aku rasa, ALHAMDULILLAH errr...tentang syukur mungkin dan akhir sekali AKU BUKAN DEWA yang melakar keseluruhan perjalanan NING BAIZURA dalam satu lagu.


Sejujurnya aku tetap puas mendengar walaupun hanya 8 lagu. CD kedua aku selepas Imran Ajmain. Beli yang original okeh...RM29.90 jer.

*all pics credit to redmummy.com and me..hahaha...aku antara yang snappy happy


AKU BUKAN DEWA


Depan berjuta

sekian lama

ku mendewasa


saat yang manis

dan yang mencabar

saling berubah


masa telah mengajarku

batas dan kelemahan

erti keredhaan


telah aku sedari

aku bukan dewa

tidak sepi dari noda

hanya manusia

yang ingin meniti

dan mencipta tapak berdiri

di dunia

ku bukan dewa


ada ketika

adku yang salah berbuat dosa


ada kala ku

disalah sangka

dan dianiaya


masa telah mengajarku

batas dan kelemahan

erti keredhaan


telah masanya aku jadi diriku

tiada apa lagi perlu kubuktikan

dakaplah aku seadanya diriku

yang bersandar dengan nama cinta serta

kejujuran


Lagu: Pam Yuen

Lirik: Ad Samad

Susunan muzik,adunan: Audi Mok

Friday, July 8, 2011

About Mia's simplicity and MAD deals

Mia sejak dah besar ni, aku tengok makin simple orangnya. Jangan haraplah nak melawa kan dia, tak nak nya. Gown, dress memang dia xnak pakai dah. Menangis kalau aku paksa. geram pulak aku. Yerlah..ingat dress, gown semua tu murah-murah ker..tetiba pakai sekali dua..dia dah tak nak pakai.


Baju kurung yang lawa-lawa ada beading, huh....setiap kali aku sua kat dia...muka ngeri terus. Skirt pendek-pendek memang tak nak pakai dah. Kalau boleh skirt panjang pun dah tak berminat dah. Kalau boleh nak pakai seluar panjang atau pendek dengan t-shirt biasa. Nope, belum jadi tomboy lagi. Tapi permintaan pemakaian dia teramatlah simple. Rambut pulak...rambut dah tak nak fesyen fesyen dah. Dia suka lepas kan saja dan kalau nak ikat, hanya tocang satu jer yang boleh. jangan haraplah nak kasi dia tocang dua atau buat fesyen sanggul or watever. Menjerit, siap larikan diri lagi.


Sepatutnya kalau rambut dah panjang melebihi bahu, cikgu dia tak kasi tocang satu. Kena tocang jalin. Tapi...Mia...urghhh....susah...Nak tocang jalin pun menangis. Jadinya, kita kasi dia potong pendek, senang. Sekolah Mia, memang particular bab pemakaian pelajar dia. Rambut kena kemas, tak boleh selekeh. Kalau nak ikutkan, cikgu dia memang suruh siput lekat jer semua.



Rambut aku masa ni pun potong sama. Potong guna milk a deal voucher. Dekat Chezz, Amcorp Mall. Thanks to Redmummy..for the voucher...lap lap u kakred.


Tapi mementang lah aku pakai voucher murah kan. Dia punya servis pun cam nak kasi cepat habis jer. Basuh rambut pun tak bersih. Hair Spa main sap sap soi...cut jer yang aku takder komplen sangat sebab memang aku suruh dia cut simple jer. Tapi, dah kena komplen dah. Ko main ngan mak merah...abeslah...


Setakat ni dah 2 milk a deal yang aku dah try. Satu yang rambut ni, kureng sket. Yang kedua, aku ambik yang car polished kat kepong tu. Yang itu bagus. Memang cun gila kereta aku yang dah bertahun tak polish tu. Siap dapat diskaun lagi kalau datang lagi before raya ni. Best!

Wednesday, July 6, 2011

Farah



Farah dah nak pindah Penang. Berhenti kerja di KL ni dan pindah ikut hubby nya duduk di Penang. Sedih.


Tapi apapun, dah tiba masanya. Walaupun hati aku sedih tapi aku tau itu keputusan yang terbaik. Sampai bila dia nak duduk di KL tanpa suami. Sebulan sekali pun tak tentu berjumpa. Lagi-lagi dengan dua anak kecil. Khadijah 2 tahun, dan Aisyah 4 bulan. Banyak cabaran nya.


Aku sedih sebab 15tahun lamanya kami tak pernah terpisah terlalu jauh. Walaupun boleh dikira dengan jari berapa kali kami berjumpa setahun, tapi yang penting kami tak pernah berjauhan terlalu lama. Jika teringat, call dan fix appointment untuk berjumpa. Anytime. Tapi sekarang, walau hati meronta-ronta mahu berjumpa, nak mengadu cerita, nampak gayanya hanya handphone lah jadi penghubung.


Tiada lagi kunjungan surprise yang mengajak aku keluar lunch bersama. Jadinya, tiada lagi variasi bila tiba waktu makan tengahari bagi aku.


Menangis Niza..sedih. Dia paling terkesan sebab aku tau dia lebih rapat dengan Farah. Berkali-kali dipujuknya Farah untuk tukar fikiran. Tapi aku tau Niza tau, Farah perlukan perpindahan ini dalam hidupnya.


Farah, sahabatku yang paling tabah. Semoga kehidupanmu lebih bahagia kelak. Akan ada masanya kamu rasa tertekan dengan keadaan atau hubungan. Tapi ketahuilah, itu adalah aku rasa keputusan yang terbaik buat semua.


We love you so much.

Friday, July 1, 2011

Aura positif dan negatif disekeliling kita

Aku tak tau nak blog pasal apa ni..tapi tangan ni cam gatal pulak nak menaip. Tak apa, kita tengoklah apa benda yang keluar dari fikiran aku ni. Tajuk entry ni akan berdasarkan isi penceritaan aku.


Aku rasa diri aku ni sangat terpengaruh pada persekitaran. Persekitaran aku sangat mempengaruhi apa yang aku bakal rasa dan ia banyak mencorakkan emosi aku. Itu salah satu sebab kenapa aku selalu mengelak untuk menjalin hubungan yang terlalu rapat dengan sesuatu.


Jika ada kawan aku yang susah hati, mood aku pun menurun sama.


Kalau ada berita buruk berlaku dalam negara atau luar negara, mesti hati aku turut tercengkam sama.


Jika ada status FB yang sedikit kontroversi, aku akan juga memikirkan dan kadang-kadang turut terpengaruh dengan emosi mereka.


Sebenarnya wahai pembaca sekalian, ini lah yang menyebabkan berlakunya segala pergolakan dalam dunia sekarang. Segala emosi terlalu mudah dikongsi dan seterusnya capaian kepada aura negatif tu berada disekeliling kita.


Bezanya kita dengan nenek moyang kita dulu, mereka tidak mudah mendapat capaian kepada emosi manusia lain. Rumah mungkin jauh-jauh. Berita pun tak mudah tersebar (tersebar lah jugak, tapi lambat).


Semalam aku tonton Oprah di TV. Dia interview seorang budak 10 tahun yang mengalami masalah mental, masalah sikap. Umur 7 tahun sudah mula berimaginasi membunuh ibu sendiri. Jika sekali mengamuk, mampu berjam-jam berterusan sehingga mak dan ayahnya sendiri ketakutan.


Tapi bijak budak tu berkata-kata. Katanya, aura negatif disekeliling dia terlalu mudah menembus diri dia (doktor ada kata yang dia terlalu sensitif kepada persekitaran). Jika orang lain sensitif sekali, sensitif dia lebih 10kali ganda. Jadi, budak tu kata lagi, dia sentiasa cuba menolak aura negatif yang ada disekeliling dia untuk berasa lebih tenang dan aman. Dia akan berulang kali berkata yang positif saja dalam diri.


Oprah pun terkejut. Sebab katanya dia sendiri melakukan macam tu kalau dia tau dia akan berhadapan/interview orang yang mempunyai banyak aura negatif. Contohnya pembunuh, pencabul kanak-kanak atau berada di dalam penjara. Dia akan cipta ruang yang positif disekeliling dirinya dan membuang segala yang negatif.


Jadi aku rasa betul kata-kata mereka berdua tu. Aura yang positif atau negatif, itu pilihan kita. Jika kita rasa diri mula dilingkungi aura negatif, berhenti berfikir tentang perkara itu. Tutup semua pintu dan tingkap ke hati kita. Cepat-cepat cari aura positif dalam diri kita.


Aku berpesan ini pada diriku kerana aku mahu lebih positif dan aku mahu tenang dan aman.