Friday, August 26, 2011

A Solid Foundation Contest - More than RM600,000 to be won

Lama betul aku tak baca magazine. Sejak sibuk dengan kerja baru ni aku terlupa nak beli magazine. Tapi seminggu lepas, aku beli jugak Wanita. So while I'm flipping through the magazine, ada double page spread on Mamil Gold growing up milk.


Ada contest pulak sekarang, boleh menang hingga RM600,000....Wow...


Hadiah utama, akaun simpanan untuk anak kita RM50,000. Lepas tu 5 hadiah bulanan akaun simpanan RM10,000. Ada weekly prizes pulak for RM5K, 1K dan seterusnya RM500.


Contest period starts from 1 September sampai 31 December 2011. Lama jugak tu. Kalau aku masuk, boleh tambah-tambah savings Mia.


Page lagi satu pulak cerita pasal all the goodness yang Mamil Gold ada lah. Macam yang aku pernah cerita before this. Ada Immunoforce, 5X DHA, vitamin and minerals.


Not only that, kat page tu ada attached RM5 discount for any purchase of the new Mamil Mama 650g or Mamil Gold Step 3, 1 kg of Easy Pack from Carrefour! (memang tempat aku shopping).


Memang tak salah lagi pilihan susu aku untuk Mia. Mamil Gold has a mind of a parent. Knowing what parent needs and the most important things is they know what’s best for my baby.


Heh...cepat korang....jom kita join contest ni beramai-ramai. Bak kata pepatah...untung sabut timbul....dapat lah kita tambah tabungan anak-anak kan.


p/s: puh kiri puh kanan...

Filem Bunohan bakal ditayangkan di Festival Filem Toronto

Filem aksi-drama yang dinanti-nantikan, Bunohan akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36 (TIFF) sebagai tayangan perdana di peringkat antarabangsa. Bunohan dipilih secara rasmi untuk festival ini dalam seksyen Discovery yang memaparkan filem-filem daripada pembikin-pembikin filem yang meningkat naik dari seluruh dunia.

Menurut Giovanna Fulvi, programmer kepada TIFF:
"Sekali pandang, ianya realistik dan bergaya. Bunohan adalah filem yang mempunyai kuasanya tersendiri. Arahan Said yang mantap, menjamin persembahan yang kuat daripada barisan pelakonnya, yang hampir keseluruhannya lelaki. "

TIFF, festival yang paling berprestij di Amerika Utara akan berlangsung pada 8-18 September 2011, sementara Bunohan ialah satu-satunya filem yang mewakili Malaysia pada tahun ini.

Pembikin filem Dain Said mempunyai sebuah lagi alasan untuk berbangga bulan ini. Bunohan telah berjaya mendapat pengedaran antarabangsa bersama Universal Pictures untuk UK, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Bila dihubungi Bangkok di mana beliau sedang menyiapkan filemnya untuk dihantar ke Toronto, Dain berkata, "Ini adalah berita gembira. Saya benar-benar tidak mengharapkan apa-apa, tetapi sekarang ianya terjadi. Apa yang boleh saya katakan? Saya berasa teruja, terutamanya untuk semua tenaga produksi dan para pelakon yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakan filem ini. '

Filem ini dibintangi Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim, yang turut dibantu oleh Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan, Amerul Affendi, Hushairy Hussein dan Jimmy Lor. Selain mereka, kami juga berbangga mempunyai model tinggi lampai Tengku Azura dan pengarah indie Ho Yuhang.

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Dain Said, dan diterbitkan oleh Nandita Solomon. Tim Kwok dari Entertainment Convergence pula bertindak sebagai Penerbit Bersama. Bunohan dihasilkan oleh syarikat perfileman Apparat yang dimiliki oleh Dain sendiri dan diwakili di peringkat antarabangsa oleh Easternlight Films.

Tuesday, August 16, 2011

Short update

Aduh aduh....sejak aku tukar tempat kerja ni...jarang sekali dah rasanya aku menghapdet blog. Rindu......

Cerita banyak..tapi setiapkali aku nak cerita...fikir2 balik..eh..ni dah basi..takyah cerita lah. Boring!

Dah masuk 16 hari kita berpuasa, another half way to go...Tak sabar nak tunggu Raya.

Tapi raya ni pasti kurang berseri buat aku dan Mia, sebab AyahMia tak dapat join kitaorg beraya. Dia kena kerja...kesiannnnn....

*Seronoklah dia, dapat beraya dengan kucing kot...

BTW, aku seronok kat company baru ni. Banyak new tasks, new responsibility yang aku kena buat. Rabu ni aku kena jadi MC untuk majlis berbuka puasa company....seram...tapi tak sabar.

Thursday, August 11, 2011

Kucing

DEGIL

ha..itulah satu perkataan menggambarkan tekadnya dan bersungguh-sungguhnya husband aku masa ni.

Dari duluuuuuu lagi, daripada belum kahwin lagi aku dah bagitau yang aku tak suka bela kucing kat rumah.

Banyak kali jugak kitaorg discuss pasal ni...gaduh pun iyer...aku memang tak suka bela kucing kat rumah. Tak tahan dengan bau busuk dan lecehnya penjagaan kucing.

Tapi dia degil...nak jugak bela kucing.

Dalam diam, dia beli jugak kucing. 2 hari aku diam tak bercakap.

Aku bukan tak suka kucing, aku masih lagi suka bermain dengan kucing. Tapi bukan dalam rumah aku.

Rasa, umpama pendapat aku langsung tak bererti. Rasa pendapat aku langsung tak didengari dan tak dihormati. Sedih sangat....

Walaupun dah masuk 4 hari kucing tu berada dalam rumah aku dan aku dah semakin boleh menerima. Tapi aku masih kecewa dengan husband aku yang menolak tepi perasaan aku semata untuk dapatkan apa yang dia nak.

Walau saya dah ok, saya tetap tak puas hati....okehhhh...

Tuesday, August 9, 2011

DAUN @ Plaza Damas

Sorrylah Encik Daun, Kak Azie....jenuh benar nak nunggu saya sorang update citer pasal DAUN ni kan.

BTW, Sebelum puasa hari tu aku dan beberapa orang blogger telah diberi kesempatan try test cuba makan kat Restoran Daun ni. Restoran Daun ni terletak di Plaza Damas ataupun Hartamas Shopping Centre kat Sri Hartamas sinun. Agak mencabar jugaklah nak mencari Restoran Daun ni kalau yang baru kali pertama pergi.Kalau nak ikutkan sebenarnya dia ni attached dengan Hartamas Shopping Centre, tapi berdepan dengan Plaza Damas..tu nampak kan..depan dgn nasi Kandar Bestari. Kalau dari dalam...naik tingkat 2 (atas sekali) dan pergi ke hujung area Wok Hei, MBG tu semua. Exit kat pintu keluar dan Daun di sebelah kiri.

Selection makanan dia agak banyak...kira puas hati lah buat pilihan. Segala masakan kampung ada. Sambal berjenis-jenis.

Ikan masin, telur masin, ayam kampung goreng pun ada...

Ikan goreng saja, at least 3 jenis.

Ulam-ulaman usah cakaplah...segala ulam yang biasa kita makan ada kat sini.

Interior sangat kemas dan selesa. Meja pun ada banyak.

Macam-macam desert ada tersedia....desert chocolate pudding kat atas ni adalah yang aku paling favourite....sedap giler....chocolate dia..perghhhhhhh..dia pakai hersheys okeh...



Inilah antara blogger yang hadir...ada Dianakay, Mayangsari, Amy sweetdarling, Myasefia dan Adameben....


Oh, bagi yang nak pergi try buffet ramadhan Restoran Daun, boleh call nombor ni; 019-344 6368...owner dia kot..aku pun tak sure. nak suruh korang pergi FB diaorang pun..FB takder info sangat. Tapi call lah nombor tu kalau nak buat booking. Kalau tak silap aku, sekepala RM25 bufet ramadhan dia. Tapi kalau nak confirmkan lagi, silalah call nombor atas tu yer.


Sape yang kerja area Hartamas-Mont' Kiara boleh ler mampir.....dokek jer tu....

Tuesday, August 2, 2011

Current location - Jalan Sultan Ismail

Aduh...rindu betul dengan blog ni.

Sorry lah kepada yang membaca (err...ada ker)...kalau ada lah yer...

Ceritanya, aku bukan lagi bekerja di company lama di Mont' Kiara. Sekarang aku dah di sini...di Jalan Sultan Ismail. Kali ni betul-betul mempraktikkan apa yang aku belajar dolu dolu...PR.

Jadinya, mana leh curi tulang maaaa....belum confirmed maaaaa.....hehehe

See you when I see you!

daaaaaaaaaaaaaaaaaa.....mmuah mmuah

p/s: Aku tengah berhantu dengan sinetron 'Ketika Cinta Bertasbih'...best bangat sih...