Friday, October 28, 2011

Alhamdulillah

Pejam celik pejam celik dah nak hujung tahun dah kita ni. Rasa macam baru jer semalam aku terkena chicken pox time aku bercuti kat Kuching, Sarawak. Rasa macam baru jer semalam jugak aku berenti kerja yang dah 5 tahun genap aku selesa..dan baru jer semalam rasanya aku melalui proses interview yang panjang dan seterusnya menjejak kaki ke ofis baru aku ni.

Tak sabar rasanya aku nak menuju tahun depan. Semoga aku masih diberi kesempatan bernafas..Amin.

Setakat ni aku puas. Yerlah..tak semua perkara tu sempurna. But I can managed. Mana yang aku boleh adapt, aku adapt. Rasa dah tak boleh adapt, aku diam jer lah.

Yang penting, jiwa aku ok.

Thursday, October 20, 2011

Seperti genderang mahu perang

Phewww....lega rasa bila Mia dah habis exam...errr..not yet lah actually. But major paper dah sudah. Today cuma tinggal Pendidikan Kesihatan dengan Seni jer. I know she's good at both.

Risau okeh bila anak exam. Mia baru darjah 2 aku dah separuh mati dok kasi buat revision sama-sama. Kalau major exam nanti camno lah...silap-silap aku dok cuti kerja lah agaknya.

'Bukan senang nak kasi anak pandai'...itu kata mak aku...dan memang dah jadi mak baru aku benar-benar paham maksud dia.

Dulu, sombong dengan mak...bengang gila bila kena paksa belajar sebab aku rasa diri aku dah pandai dah sebenarnya. Sambil buat revision sambil menangis. Lawak-lawak...

Sekarang, Mia pulak yang kena. Cuma bezanya, setiap apa yang aku buat kalau Mia memberontak aku akan buat sampai dia faham. Mak-mak kita dulu kalau buat apa pun, mana cakap kat kita kan. Tengah main, tetiba 'PANG' kena lempang...mula-mula blur dulu..pastu uwaaaaaaaaa...nanges. Blur weh..terkejut..apa salah aku..aku cuma pinjam periuk mak main masak-masak  daun kat luar jer. Salah ker.....

Tapi Mia aku tengok lepas seminggu aku buat intensive math revision dengan dia..Alhamdulillah dah improve sikit. Anak aku ni, memang kena jenis tumpu kat dia sorang-sorang...betul-betul. Walaupun adakalanya rasa nak serkup kepala dia dengan kuali tapi aku tetttap sabarrrrr.

Walaupun ada masanya aku rasa bengang ya amat-amat sebab walau sepuluh kali aku ulang benda yang sama dia still tak leh dapat (tak focus yang benar nya). Aku diam jer...masih tetap cakap lembut-lembut..walaupun dalam dada, jantung aku bukan main laju bergerak seperti genderang mahu perang dan kepala aku dah rasa berpinar-pinar nak lempang dia. Tapi....umi sabar....sabar yang maha teramat.

Alhamdulillah...berbaloi lah pengorbanan umi..cece..Umi redha lah lepas ni walau apapun keluarnya result awak nanti yer anak....

Tuesday, October 11, 2011

Kesian anak Umi

Kesian Mia. Aku tau dia tak berapa minat dengan subjek Matematik. Kelebihan Mia lebih kepada bahasa dan seni tapi definitely bukan Matematik. Subjek lain, semua Mia boleh buat dengan cemerlang...tapi Math....

Kesian Mia. Sebab selalu kena marah bila study Math. Tapi memang Mia sangat menguji kesabaran Umi bila ulangkaji subjek Math. Ayah dah surrender, jadi tinggal Umi lah yang walaumacammanapun, mesti cuba sabar dan sabar mengajar Mia.

Umi kesian dengan anak Umi ni. Betul. Baik sangat budaknya. Walaupun tak pandai bisnes, tapi semangat beli riben kecik-kecik dari kedai buku dan jual dengan kawan-kawan. Bila Umi tanya mana duit untung, setiapkali tunjuk mesti kurang dari modal. Kesian, kena marah lagi dengan Umi.

Sambil teresak-esak Mia cakap, Mia cuma nak tolong Umi dengan Ayah yang kerja kuat dan banyak keluarkan duit untuk tanggung Mia. Terdiam sekejap Umi. Bukan itu yang Umi dan Ayah harapkan dari kamu Sayang....cuma cukuplah kalau kamu belajar tekun dan bersungguh-sungguh dan jadi anak yang baik.

Umi tau kamu bukan jenis budak yang mudah fokus. Tapi kamu kena berusaha untuk sekurang-kurangnya tidak berada terlalu bawah dalam sistem pendidikan Malaysia ni. Umi juga tak boleh biarkan kamu dengan cara kamu terus-terusan sebab Umi tahu kalau Umi biarkan kamu, kamu akan lebih down.

Anak Umi ni sangat beremosi, sangat lembut hatinya dan terlalu merendah hati. Masih tak sedar yang kamu punya semangat yang sangat kuat. Mudah sangat merasa down tanpa mengira masa. Umi risau jika kamu tak berupaya untuk mengawalnya dari sekarang, kamu akan sukar menghadapi masa depan kamu yang lebih mencabar.

Selagi Umi hidup, Umi akan cuba bimbing kamu sebaik yang mungkin. Umi akan berusaha membantu kamu menangani emosi. Tapi, jika satu hari nanti Umi tak ada. Janganlah kamu putus asa dengan hidup. Ingat Umi selalu.

Monday, October 10, 2011

Ada hikmahnya

Tanggal 7 October 2011, sekali lagi Allah menguji abah aku, keluarga aku. Tahun lepas kisah pokok tumbang meranapkan dapur rumah keluarga aku di kampung. Tahun ni pulak motobot abah aku dipanah petir, rentung terbakar.
Syukur Alhamdulillah, abah aku selamat....dan mungkin dua dugaan ni terjadi dalam senggang waktu yang agak dekat, abah aku kelihatannya sangat tenang. Langsung tak goyah walaupun hakikatnya itulah bot yang menyara hidup kami sejak dulu.

Mungkin abah fikir, anak-anak pun dah besar..dah tak ada apa sangat yang perlu ditanggung..cuma dua butir mulut dia dan mak aku.

Mungkin jugak abah aku fikir, dah nak mula tengkujuh...jadinya memang 4-5 bulan selepas ni dia tak akan ke laut jadinya tak ada apa yang nak dikejar sangat.

Mungkin jugak dia fikir, ada lah hikmah..tak perlu lagi ada yang mengungkit pasal motobot abah sebagai harta pusaka. Aku tau dia agak terasa sebenarnya.

Kali ni memang abah lebih relax...tak ramai yang tau pasal apa yang berlaku ni. Adik beradik dia pun langsung tak dimaklumkan. Adik aku di Bandung pun hanya tau selepas aku maklumkan.

Katanya, tak ada apa yang nak dirisaukan...dah takdir dari Allah...adalah hikmahnya.

Thursday, October 6, 2011

Memories of Perfume


With each smell brings special memories. Tommy Girl the boldest and the most changing experience. Versus brings the most sweetest and kindest memories of all. Organza brings the heat and the playfullness in me. Deep Red teach me how to accept love and believe. Bright Crystal and Femme brings out the lady in me. Back to Versus and later Empress gives me the feeling of secure and bright future. But most of all I love the smell of Ferrari because it brings me love, the feel of sexiness and excitement all in one.



 


Long story short - Mandi Budak Ahkak Merah

Berrrrrlambak dah aku rasa yang citer pasal Baby Shower Kakred ni. Kebanyakan jemputan dan organiser yang attend party ni dah cerita pasal ni. So, long story short...korang tengok jer lah gambar-gambar yang mungkin belum lagi dicilok dimana-mana. Kalau gambar sama pun, tengok jer lah yer. Nak tengok lagi banyak, pi kat facebook aku.


Cerita in detail...belakang tabir, planning, the party semua leh tengok kat blog bebudak GBM yang lain...Ayuthesun, Sid, Yan mahupun Kakred sendiri.


Antara attendees yang hadir Myasefia and hubby, Amy sweetdarling and anak-anak, Wan Beautifulnara dan Lin isterinya, Najwa Redglow and kawan, Syahrul (kawan ayu) dannnn Julia (Mulan) and Fadil suaminya (the host).


Party yang SANGAT surprise untuk Redmummy, sangat FUN & Happening untuk semua yang hadir.


Congrats to Ayuthesun, Sid, Yan, Kak Liza and Mulan. I punya contribution kecik jer..part invites jer...itupun berapa kerat ajer yang di invite kan.

sementara menunggu, guys duduk berborak dan nengok rugby kat astro dulu
dah nak dekat sampai.....jom nyorok....shushhh diammmm

Muka terkejut (masih) kakred

Suka tengok kakred happy gini...

us dengan yang diraikan

aksi yang memerlukan parental guidance pleaseee

Mummy berleter kat abang yang bila nak bergambar jer dia start buat muka clown..adiknya elok jer posing...hahahaha...(Kel ok bang..sihat walafiat, dont worry)

kami

kami semua

Tuesday, October 4, 2011

My Mia dah bertindik telinga

Kecik aku dah bertindik telinga nya. Termakbul lah cita2 kecik Mia yang nakkan telinganya bersubang. Berbulan jugak dia menunggu cuping telinga dia yg baru lepas operate sambung semula tu recover.
Walaupun nak nak cuak tapi semangat betul dia heret aku ke kedai emas. Al-kisahnya, aku memang janji lepas raya baru tindik telinga dia. Jadinya sehari selepas raya dia dah start tanya. Aku tangguhkan lagi, cakap bila dah balik KL baru tindik. Sebaik sampai ke KL dia dah zikir-zikir kat telinga aku. Jadinya aku dan ayahnya dalam keletihan pergi jugak lah ke Wah Chan, Leisure Mall.


Orang tu baru acah-acah dia dah tergelak-gelak menahan seram. Sibuk nak tengok pistol tembak tu.

Aku suruh jer dia pejam mata. Tak sampai 2 saat dah lekat dah subang kecik kat telinga dia...sampai sekarang..elok pulak tak bengkak tak apa tuh. Uminya punyalah penakut bertindik, umur 15tahun baru bertindik. Mia, 8 tahun dah bertindik. Tapi lepas bertindik tu, tak diam-diam mulut asyik sebut sakit..sakit...


RM15 yer kalau bertindik kat kedai emas. Aku tau kalau kat gerai-gerai aksesori tu pun buat jugak kan, rm10 jer rasanya.


Satu petua tak nak kasi telinga bengkak selepas bertindik. Cepat-cepat cari ais letak dalam kain nipis atau tisu pun takper. Lepas tu tuam slow-slow.


Itulah yang aku buat untuk Mia. Sambil tengok smurf, sambil aku tuam ais kat telinga dia. Habislah dalam 2 ketul ais aku tuam. Memang lepas tu tak ada langsung bengkak. Memang berkesan.


Tapi..lepas ni..siaplah aku. Mia dah sibuk berzikir suruh aku belikan subang white gold untuk dia. Siap keluarkan duit raya dia suruh aku beli...hmmmm....

Mek-T the true Terengganu cuisine in Puchong

Seriously, I'm not bluffing. Come from a small town myself, and used to savour the taste of kampung dishes...Mek-T seriously got the same kampung taste...kata-kata boleh bohong...tapi lidah tak boleh bohong (eh eh cam pernah dgr jer iklan gini). Tapi aku tak dibayar yer untuk cakap gini...(cuma dikasi makan pree jer..kekeke).
Under the flag of Redmummy the famous 30k blogger for the month of September 2011 (ehem ehem), few of her readers and friends got the privileged to try this new restaurant in Puchong brought to you by Cindy Tey the famous blogger. Walaupun aku tak sempat dengar abes briefing dia (sampai lambat). Tapi katanya semua chef dia adalah melayu dan Islam dan pekerja pun ramai Islam dan makanan adalah halal.



tekun semua dengar briefing




Ada laksam yang sangat sedap, Nasi Sedap Sokmo (rasanya mcm Beriani dan guna beras basmathi), pulut panggang yang memang cam dari kampung (pulut lembut, isi ikan banyak dan cukup rasa (ehem ehem))


Pekerja sementara Mek-T tengah gunting laksam


Sape yang dapat hasil guntingan I hari tu, memang bertambah lazat rasa laksam tu kan..gunting dengan penuh kasih sayang okeh...










or for clearer direction, meet the GPS lady at this special video ; go to this youtube






Seriously, pergi jer tengok youtube yang aku kasi tu. Memang sangat berguna berbanding google map atau GPS kita sendiri. Aku sarankan semua restoran ker, nak promote kedai korang, tirulah si Cindy nih. Memang true blogger lah.....


Alamat dia;



127, Jalan Kenari 23A,
Bandar Puchong Jaya,
47100 Puchong,
Selangor
Tel: 603-8071 5707


Business Hours:

Tue - Sun: 11.00am - 9.00pm
Public Holiday: 9.30am - 9.00pm
Closed on Monday

Monday, October 3, 2011

Nuffnang-TGV Birthday Treat - Johnny English

September 24th was my 23th Birthday...YEAY!!!!...eh eh silap....32 yer sebenarnya....hihihi...and Nuffnang-TGV telah menambah ceriakan hari istimewa saya. 4 complimentary passes from them..specially for us bloggers yang bernaung under nuffnang...Glitterati Nuffnang to be exact. Love NUFFNANG and LOVEEE TGV.


Johhny English ni pilihan budak kecik ni lah...sibuk nak tengok Mr. Bean berlakon katanya...Uminya tak lah favourite sangat dengan Mr. Bean ni tapi ok lah....daripada tanya ayahnya...kalau ayahnya...asyik nak tengok citer hantu jer...tak kuasa mak..birthday happy happy nak jerit-jerit tengok hantu...tak sukaaaaaaaa...


love her soooo much...love her daddy too.....



It was a happy day for me and i hope for them as well...