Wednesday, December 28, 2011

Mia first camp out

 Puas aku cari merata aktiviti cuti sekolah untuk Mia. Nak kasi dia pergi camp tapi nak cari yang cuma satu malam dan aku yakin selamat. Akhirnya jumpa Camp Out for Kids at IOI Resort Putrajaya. RM80 sahaja untuk 2hari 1malam. Siap aku dapatkan dulu itinerary program. Dah puas hati aku call lagi tanya detail. Bila aku tau memang kebanyakan budak sebaya dia baru aku register. Inform Redmummy yang memang tengah mencari aktiviti macam ni untuk anak-anak dia. Terus Mia dapat gang. Bertambah lega aku.
Sebelum briefing, main kapal terbang kertas dulu
Mia and her kamcing fren Gegirl

Seronok betul bebudak ni

Beratur

Bye-bye semua

Risau jugak aku kalau Mia buat cengeng menangis kalau dia tak dapat buat benda. Nasiblah dia boleh uruskan diri dia masa tu. Itulah sebenarnya yang aku harapkan pun. Kasi dia pendedahan sikit tentang dunia luar yang mencabar. Jangan manja sangat bawah ketiak Umi dan Ayah.

Dah balik tu, aku tanya nak pergi lagi tak? Dengan confidentnya jawab NAK. Lepas tu ulang-ulang tanya lambat lagi ker cuti sekolah tahun depan....errrr...cuti tahun ni belum habis lagi anak oi.

Tuesday, December 27, 2011

Christmas @ my office

 Meriah....first time aku menghias pokok krismas. (keje aku rupanya). Company aku ni setiap perayaan utama mesti sambut satu office. Hari Raya, CNY, Christmas. Bila tiba time christmas diaorang buat exchange gifts. Sepatutnya sorang dapat satu gift dari mystery santa tapi sape ntah yang start kasi kat kawan-kawan...tetiba sorang dapat sampai 20-30 hadiah. Seronok ghupanya....yerlah kan..birthday aku pun tak pernah dapat hadiah banyak ghupa gitu...

Christmas Tree
                                     
Adiah aku...sukaaaaa

Friday, December 23, 2011

@ Puteri Harbour and JPO

 Ini cerita sudah lama daaa...cerita minggu kedua December 2011 tapi baru nak update (itupun nasib baik aku update, drpd bersawang....). Ceritanya ke Johor atas urusan kerja. Tapi daripada aku sorang-sorang jer lepas sudah kerja, baiklah aku bawak family aku.
 Kerjanya di Puteri Harbour ni lah. Ingatkan sekejap rupanya lama. Kesian Mia dengan bapaknya menunggu lama. Nasib lah pemandangan kat sini cun cun. First time lah aku tengok macamana rupanya Marina. Cun oooo...berangan nak letak yacht aku sebijik...ecewah.

Posing mesti ada........



 Dah habis kerja, petang tu terus aku ke JPO (Johor Premium Outlet). Nak menengok jugak tempat yang orang sibuk katakan ni. Time aku sampai ni pun dah petang nak ke malam. Esoknya aku kena kerja lagi. Jadinya cuma sempat round2 survey dan window shopping. Tapi dah ada lah tempat yang aku boleh aim kalau sampai lagi nanti.

 Dia punya ambience memang cun. Orang kata ada rupa Bicester Village kat LonDon tu. Memang klas lah suasananya. Kedai-kedai branded lah banyak. Tapi yang branded biasa-biasa pun ada. Carlo Rino, Levi, Nike and so on...bukan sekadar Coach dan Burberry yang beratur orang nak masuk tu jer.

Tempat budak main pun ada. Kira sesuai untuk satu family lah. Tempat parking pun luas, sekeliling tempat ni. Tapi still jalan jammed jugak ahad tu.

So, pada sesape yang nak gi dua tempat ni. Korang bolehlah guna PLUS hi-way exit tol Senai (JPO) - just tepi hi-way. Dan Puteri Harbour masuk exit Skudai dan terus ke Nusajaya. Senang jer cari. Puteri Harbour tu boleh lepak-lepak main basikal. Best oooo.....pastu sampai situ nanti korang beli service residence yang baru nak buat sebelah tu yer...(promote)....hehehe.

Wednesday, December 14, 2011

RedGlow Empowered Women

Last 2 weeks, I joined a group of bloggers in a mini-workshop organized by RedGlow atas nama siapa lagi kalau bukan Redmummy si ahkak merah. Kalau sebut nama RedGlow, apalagi kalau bukan cerita tentang kecantikan kan. Tapi kali ni ada twist sikit dalam mini-workshop dia.
Yup, I've been to RG mini-workshop before with RM and GBM but this time its quite different. Ada a bit on grooming and motivation and the rest of the afternoon...baru main mekap mekap...

First 1 hour, Kak Isma cousin's to Ina RedGlow did a little sharing on her tips to success. On how to planned your plan, mendalami ilmu, tindakan dan kawal, find ur mentor and the final one, being focus in whatever you do. Ini semua macam teaser sebenarnya. Teaser untuk apa, nanti last aku bagitau.

Lepas lunch, baru lah masanya untuk main mekap-mekap pulak. Tak sabar rasanya. Sebab kali ni Ina nak ajar smokey eyes untuk siang hari. Lighter but not too light. My favourite....

Sejak 2 tahun lepas, dah banyak cara mekap yang aku lupa. Especially buat shading, smokey eyes selalu comot dan pakai bulu mata pelesu. Selalu frust bila tak dapat pasang bulu mata pelesu.

Tak payahlah aku tunjuk satu-satu cara mekap kot, sebabnya ni kira basic mekap jer. Antara tips yang aku dapat haritu ialah;

Among the bloggers; Ruby, Tania, Tasneem, Afra Yuri, Nurul (pu3mawar) dan Kak Azwa (wife to Eyriqazz)
 - Antara mekap base yang bagus untuk dicuba ialah brand BENEFIT.
 - Kenapa kena spray mist kat muka...to avoid clog..muka bercapuk-capuk
 - Utk pemakaian siang elakkan guna glitter atau shimmer untuk elak muka nampak bulat atau besar
 - Pakai eyeliner hitam dulu dan kemudian 'dap' black or darker eyeshadow dan tarik-tarik dengan brush.
 - MAC warm soul blusher sangat cun..I like..

Alisya, anak comel dan keletah Kak Azwa & Eyriqazz

Santek takkkkkkk.....ahaks...

OK, seperti yang dijanjikan. There is one important event that actually to be highlighted here. RedGlow akan mengadakan satu 'Empowered Women Seminar' bersama Annur Najwa Azizan dan Hismazaitul Azmy pada mid Januari 2012 di Shah Alam. Both of them akan berkongsi tips tentang personaliti, solekan, rahsia cara pemasaran dan jualan yang berjaya dan bagaimana menjadi wanita yang lebih berkeyakinan dan menarik.

Both of them mempunyai kelayakan yang hebat. Najwa sendiri contohnya telah melatih lebih 500 orang professional dari badan kerajaan dan swasta dalam bengkel dari Akademi RedGlow. Kak Isma pula adalah founder dan CEO kepada Agensi Atrium yang menguruskan dana lebih rm28juta milik klien bawah seliaannya. Terdapat lebih 100 orang perunding bawah agensi miliknya.

Bengkel Kuasa Wanita ni sesuai untuk semua wanita terutamanya agen jualan langsung, perunding saham amanah, agen insuran, lepasan ijazah/diploma dan semua yang ingin mencari potensi dalam diri masing-masing.
Satu seat cuma berharga RM799 sahaja. Siap dapat goody bag istimewa lagi. So kepada wanita-wanita hebat di luar sana dan kepada wanita yang mahu jadi hebat..cepat mendaftar takut seat abes....

Untuk sebarang pertanyaan, contact 012-358 8999 atau email to edu.redglow@yahoo.com.

Monday, December 5, 2011

Mia on her 8th Birthday


Love you Baby...



Cheeky Baby with Ayah



kanan

kiri..Mia melayan Umi yang obsessed




My sweet and pretty little princess

Friday, December 2, 2011

8 Tahun Mia

Happy Birthday My Dear Mia.

Tepat pada waktu ini, 8 tahun lalu Umi bertarung nyawa melahirkanmu dan kamu juga sama bertarung untuk cuba bernafas. Semuanya umpama berlaku semalam. Masih terasa sebak dan sayu hati Umi cuba bertabah melihat kamu. Bersabar menunggu untuk memangku kamu di tangan Umi. 2 bulan berlalu baru Umi dibenarkan memangku kamu, laju darah mengalir ke muka rasanya. Rasa takut tersalah pegang, rasa risau takut kamu tercungap-cungap tanpa alat pernafasan. Kemudiannya, menunggu lagi Umi lebih daripada 1 bulan untuk membawa kamu kembali ke rumah.

Mia sayang, dah 8 tahun kamu. Semakin hari semakin cantik. Penyayang dan baik hati. Semoga kamu kekal menjadi anak yang baik dan mendengar kata.

Manja Umi dan Ayah, semoga hidup kamu bahagia selalu dan selalu menyenangkan hati Umi dan Ayah.

Mia dan Gegirl semasa Puss in Boots preview @ OneUtama.

Thursday, December 1, 2011

Malam Gala Ombak Rindu

@GSC Pavillion, Tuesday 29th November 2011, 8 p.m.
 Aaron Aziz
 dan lagi
 dan lagi
 dan lagi
 jawab soklan Shack Era
 Macamana saya menangis? Dia jawab 'Ingat Anak Isteri...'(damn spoil)
 Takperlah...I redho....(tau dek laki aku...PANG skalik...#eh)
 With the director and producers



 Mata Aaron sakit tau time ni, tu sebab dia pakai spec...shiannnn

 eh eh garu idung pun ensem...paghah aku ni...muahuahua

 Maya, Lisa...pandang BB I kat sini....(YESSSS)
 haish...cantiknya perempuan berdua ni



Itu saja lah gambar yang aku ada....enjoyssssss...........