Thursday, March 7, 2013

Pengalaman berpantang

Puas.

Akhirnya kali ni aku dapat betul-betul berpantang dan berpantang kat kampung halaman aku dan dijaga dek mak aku. Memang bestttt...

Sabtu aku bersalin, Isnin discharged wad, Rabu aku balik Pekan. Khamis Myra kena masuk bawah lampu biru kat spital Pekan sebab Jaundice tinggi sikit pastu Jumaat dapat discharged wad.
 
Selepas tu barulah bermulanya sesi pantang penuh.
 
Makan memang mak aku jaga sepenuhnya (sayangggggg mak). Dahsyat punya jaga...percayalah all my baby weight turun dalam 2 minggu saja. Lepas tu start berat badan aku sebelum pregnant pula yang turun. Tapi yang tu turun kemut kemut lah. Tapi....sampai sekarang dah 2 bulan seminggu...berat aku dah turun 7kg berbanding masa sebelum pregnant hari tu. Yeayyyy....sepuluh tahun lepas asyik naik jer..sampai 20kg pun tak pernah turun. Tetiba lepas beranak...ha kau...berjaya jugak...phew.
 
Jadinya, menu aku sepanjang 44 hari pantang;
 
Breakfast 7.30 a.m. - 2 keping roti wholemeal sapu butter sikit atau plain saja cicah dengan air milo kosong atau kopi O kurang manis
 
Morning break 10.00 a.m. - 1 keping plain crackers
 
Lunch 12.00 a.m. - Nasi putih separuh, ikan kerisi/tenggiri bakar atau singgang, serunding ikan, lada hitam tumbuk, ulaman atau sawi celur atau halia goreng dengan minyak bijan. Air akar kayu.
 
Afternoon break 4.00 a.m. - 1 keping wholemeal bread/plain crackers cicah dengan Kopi O kurang manis atau air kosong.
 
Dinner 6.30 a.m. - Ulang balik menu lunch
 
Supper (kalau perlu) - Nestum segelas
 
Itulah makanan aku hari-hari sampai naik boring.

Jadual harian aku;
 
Bangun pagi - breakfast - mandi - bertungku - berbengkung - mandikan baby - baring sekejap/tido - lunch - layan baby - baring/tido - minum petang - mandi - bertungku - 10.00 p.m tidooooo
 
Kecuali ada time orang datang melawat atau tukang urut datang ke rumah.
 
Sepanjang aku kat Pekan selama 30 hari (lagi 14 hari aku berpantang sendiri kat rumah aku), 5 hari saja yang bidan datang untuk mandi serom, urut, tungku, berbengkung. Hari lain semua aku buat sendiri ajer.
 
Walaupun aku czer tapi aku tetap berurut, tungku dan berbengkung tapi bezanya elakkan tempat czer. Bengkung pun tak kuat dan separuh ajer.
 
Sebaik lepas aku tau boleh bertungku lah yang perut kempis dan angin aku hilang. Kalau tak....memang aku rasa susah jugak berat aku nak turun.
 
Bidan / tukang urut aku tu asalnya jururawat kerajaan tapi berhenti buat urut dan jadi bidan kampung full time. Memang best dia urut. Siapa kat area Pekan atau Kuantan nak contact Kak Mira boleh call dia kat 0199239960.

 
Bila balik KL, hari-hari last aku berpantang..aku panggil kawan aku yang buat home spa service untuk datang ke rumah. Yang ini memang besttttt....
 
Aku buat sauna tangas, scrub/lulur, bleaching, urut, tungku, pedicure. 4 jam rawatan dalam ketenangan di rumah. Boleh aku jenguk baby. Time tu baby dijaga dek ayah dan kakak dia. Tapi at least aku boleh manjakan diri tanpa risaukan baby. Lainkali harus aku buat lagi.
 
Siapa yang nak try spa macam tu, boleh contact kawan aku Azlina kat 0146281209 atau pergi jer kat FB dia Azlina Beautyhouse Gombak.

Dan.....sampai sekarang aku masih minum air akar kayu (sepang kederang) at least sekali sehari dan makan maajun kampung.
 
Harapan....cecece...ada harapan plakkkkk.....nak turunkan berat lagi 13 kg....perghhhh...ok lah tak dapat 13 dapat turun lagi 3kg pun dah cun. Jangan kau naik lagi oi berat sudahhhh...nangessss. Nak naik senanggg jer...nak turun...bapak susah.



No comments: